Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Khamis, 31 Januari 2013

Ikan todak

Ikan todak boleh membesar sehingga enam meter panjang dan berat 650 kilogram.

Ia berkulit licin serta tidak bersisik.

Ikan todak mempunyai paruh yang panjang dan tajam menyerupai pedang yang berperanan mencederakan serta membunuh mangsa dan musuh.

Kelajuan ikan ini boleh mencapai 80 kilometer sejam.

Ikan ini boleh melompat tinggi untuk memudahkannya memakan ikan kecil dengan lebih pantas.

-Kosmo!

Rabu, 30 Januari 2013

Pawagam di tengah laut

Pawagam terapung yang terdapat di Yao Noi, Thailand

Di Thailand, terdapat sebuah pawagam yang beroperasi di tengah laut.

Ia dibina terapung di atas laut di kawasan pesisir pantai berbatu Yao Noi.

Pentas auditorium pawagam tersebut direka oleh seorang lelaki Jerman bernama Ole Schereen yang menggunakan bahan kitar semula.

Para penonton akan dibawa ke tempat duduk di atas auditorium tersebut dengan menggunakan bot khas.

-Kosmo!

Selasa, 29 Januari 2013

Menara Felda

Menara Felda setinggi 50 tingkat dengan kos pembinaan sebanyak RM700 juta.

Ia mula dibina pada 22 Januari 2008 dan siap pada bulan Jun 2012.

Menara Felda terletak di Platinum Park, Jalan Stonor, Kuala Lumpur dan menghadap Taman KLCC.

Bangunan tersebut berkeluasan 689,000 meter persegi dan mempunyai sebuah dewan serba guna yang mampu memuatkan 1,500 orang.

Sebahagian besar bangunan akan digunakan untuk ruang pejabat, bilik mesyuarat, podium, ruang rekreasi, surau, dewan pameran dan ruang niaga.

Menara Felda mengaplikasikan ciri-ciri yang ditetapkan di bawah Indeks Bangunan Hijau dan mempunyai status Koridor Raya Multimedia.

Ia berkonsepkan mesra alam sekitar dan penggunaan tenaga pada kos yang efektif.

Lapan daripada 50 tingkat bangunan itu akan menjadi milik Felda dan selebihnya disewakan kepada syarikat-syarikat korporat dan multinasional.

-Kosmo!

Jumaat, 25 Januari 2013

Nestlé


Nestlé bermula seawal tahun 1866 apabila kilang susu pekat Eropah pertama dibuka di Cham, Switzerland oleh Anglo-Swiss Condensed Milk.

Henri Nestlé
Setahun kemudian, ahli farmasi terlatih bernama Henri Nestlé memperkenalkan Farine Lactee iaitu salah satu makanan bijirin bayi yang pertama di dunia bertempat di Vevey, Switzerland.

Kedua-dua syarikat bergabung pada tahun 1905 yang menjadikan Nestlé yang kita kenali hari ini.

Kemudian, Nestlé wujud hampir di setiap negara, ibu pejabatnya beroperasi di Vevey, Switzerland.

Nestlé memiliki lebih 440 buah kilang dan mempunyai warga kerja seramai lebih daripada 328,000 orang seluruh dunia.

Nestlé mempunyai keupayaan penyelidikan nutrisi pemakanan persendirian terbesar di dunia yang berpangkalan di Switzerland.

Nestlé memiliki 30 buah pusat R&D di seluruh dunia.

Nestlé di Malaysia

1912: Nestlé tiba di Malaysia sebagai syarikat Anglo-Swiss Condensed Milk dengan pejabat pertamanya terletak di Bishop Street, Pulau Pinang.

1939: Ia berpindah ke Kuala Lumpur dan beroperasi di bawah satu bumbung.

1962: Kilang Nestlé pertama dibina di Petaling Jaya bagi mengeluarkan susu pekat manis dan seterusnya Milo, sos tomato dan cili.

1989: Nestlé Malaysia menjadi syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

1994: Nestlé Foods (M) Sdn. Bhd., sebuah kilang di Kuching dibina untuk mengeluarkan mi segera, Maggi bagi memenuhi pasaran Sabah dan Sarawak.

1999: Pusat Pengedaran Kebangsaan dibina bagi memusatkan seluruh rangkaian penyimpanan dan pengagihan Nestlé.

2000: Milo menyambut ulang tahunnya yang ke-50 dengan memberi penghormatan gilang-gemilang kepada bintang sukan Malaysia dari setiap dekad.

2009: Ibu pejabat Nestlé Malaysia berpindah ke Menara Surian, Mutiara Damansara. Nestlé menjadi pengeluar produk halal terbesar di dunia, memiliki tujuh buah kilang dan mempunyai lebih daripada 5,700 orang warga kerja di Malaysia.

Tahun produk Nestlé dikeluarkan di Malaysia

1929 - Milkmaid (Susu Cap Junjung)
1948 - Nescafe
1949 - Milo, Nespray
1955 - Nestum
1956 - Everyday
1964 - Maggi
1966 - Coffee-Mate
1972 - Nestlé Bijirin Bayi
1984 - Kit-Kat, Nestlé Bliss
1986 - Nestlé Bijirin Sarapan
1997 - Nestlé Ais Krim
1999 - Nesvita Omega Plus
2011 - Nescafe Dolce Gusto

-Kosmo!

Rabu, 23 Januari 2013

Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur merupakan menara telekomunikasi keenam tertinggi di dunia dan tertinggi di Asia Tenggara.

Ia terletak di kawasan Hutan Simpan Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Hutan tersebut merupakan salah sebuah hutan simpan tertua dalam negara.

Di puncak menara ini terdapat restoran berputar yang dahulunya dikenali sebagai Restoran Berputar Seri Angkasa.

Seri Angkasa dibuka secara rasmi pada 1 Oktober 1996 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersempena pembukaan rasmi mercu tanda utama Malaysia, Menara Kuala Lumpur.

Kini Restoran Berputar Seri Angkasa dikenali dengan nama Atmosphere 360. Atmosphere 360 beroperasi sejak Oktober 2011 di bawah pengurusan Asian Kitchen (M) Sdn. Bhd.

-Kosmo!

Selasa, 22 Januari 2013

Presiden yang pernah memerintah Mesir

Muhammad Naquib
Tempoh pemerintahan: 1 tahun, 149 hari (letak jawatan) 18 Jun 1953 hingga 14 November 1954.


Gamal Abdel Nasser
Tempoh pemerintahan: 15 tahun, 318 hari (meninggal kerana sakit jantung) 23 Jun 1956 hingga 28 September 1970.


Anwar El Sadat
Tempoh pemerintahan: 11 tahun, 8 hari (dibunuh) 15 Oktober 1970 hingga 6 Oktober 1981.


Hosni Mubarak
Tempoh pemerintahan: 29 tahun, 120 hari (letak jawatan) 14 Oktober 1981 hingga 11 Februari 2011

Jumaat, 18 Januari 2013

Sergio Pininfarina

Sergio Pininfarina ialah pereka bentuk kereta Ferrari.

Sergio dibimbing bapanya, Gian Battista yang merupakan pengasas firma reka bentuk kereta Farina pada tahun 1930-an, untuk menggantikannya sejak beliau masih kanak-kanak.

Sergio Pininfarina dilahirkan di Turin, Itali pada 1926. Beliau menyertai firma keluarga itu selepas memperoleh ijazah kejuruteraan mekanikal daripada Universiti Politeknik Turin.

Sergio dilantik ketua eksekutif Farina pada 1961 apabila bapanya meninggal dunia pada 1966.

Ketika itu, firma berkenaan telah mencipta nama dalam mereka bentuk kereta bercirikan aerodinamik terkini yang menjadi tumpuan orang ramai.

Nama Farina kemudian ditukar kepada Pininfarina pada 1961 selepas mendapat restu presiden syarikat berkenaan.

Antara kereta terkenal yang direka bentuk firma tersebut termasuk kereta coupe Cisalfa pada 1947.

Hubungan Pininfarina dengan Ferrari dimulakan oleh Gian Battista pada 1952 dan dipopularkan oleh Sergio sehingga menjadi jenama yang terkenal di seluruh dunia.

Sejak 50 tahun beliau menerajui Pininfarina, pengeluaran kenderaan syarikat itu meningkat daripada 524 unit setahun kepada lebih 50,000 kenderaan.

Selain perkongsian bersejarah dengan Ferrari, Alfa Romeo dan Maserati (kesemuanya dimiliki oleh Fiat), Pininfarina turut mereka bentuk kereta untuk Rolls-Royce dan beberapa jenama luar lain.

Antaranya kereta Chevrolet Corvette Rondine pada 1963, Cadillac Alante pada 1986, Bentley Azure pada 1996 dan kereta coupe Peugeot 406 pada 1996.

Sergio turut mereka bentuk kereta Fiat 124 Spider keluaran 1986, Ferrari Testarossa pada 1984 dan Ferrari Scagliettia pada 2004.

Sergio Pininfarina meninggal dunia di Turin pada 3 Julai 2012 ketika berusia 85 tahun. Punca kematiannya tidak didedahkan.

-Kosmo!, Reuters.

Khamis, 17 Januari 2013

Cacing Iblis

Spesies cacing Halicephalobus mephisto ini ditemui di sebuah lombong di Afrika Selatan pada tahun 2011. Daya survivalnya menakjubkan kerana ia hidup dalam tanah sejauh 1.3 kilometer dari permukaan bumi yang bersuhu panas dan rendah oksigen.

Ia menjadikan cacing jenis nematod berukuran 0.5 milimeter sebagai organisma hidup multisel yang habitatnya paling dalam di muka bumi.

Cacing ini mendapat nama daripada nama legenda iblis yang dikenali sebagai Faust kerana ia mampu bertahan dalam lingkungan suhu terlalu panas yang disifatkan seperti neraka.

-Kosmo!

Rabu, 16 Januari 2013

Anggerik Mekar Malam (Bulbophyllum nocturnum)

Banyak tumbuh-tumbuhan mempunyai bunga yang mekar pada waktu malam seperti spesies kaktus dan teratai. Namun, daripada 25,000 spesies orkid yang telah dikenali, Bulbophyllum nocturnum merupakan satu-satunya bunga yang mekar selepas matahari terbenam.

Saintis dari Taman Botani Diraja, Kew di United Kingdom, Andre Schuiteman dan kumpulannya menyedari bahawa bunga tersebut hanya mekar pada waktu malam selepas seorang rakan membawa tumbuhan dari hutan hujan di Papua New Guinea itu ke sana. Pada waktu siang, ia akan layu.

Penyelidik mendapati kelopak bunga itu akan terbuka sekitar pukul 10 malam dan menguncup sejurus matahari terbit.

-Kosmo!

Selasa, 15 Januari 2013

Lebah penyerang semut (Kollasmosoma sentum)

Jangan terkejut kerana spesies lebah ini bukan ditemui di dalam hutan, sebaliknya di kawasan tempat meletak kereta di Madrid, Sepanyol.

Ketika itu, Jose-Maria Gomez Duran dari Institut Kebangsaan untuk Agrikultur dan Penyelidikan Makanan & Teknologi sedang melakukan penggambaran koloni semut di kawasan parkir di luar bangunan tempatnya bekerja.

Apabila menyaksikan video tersebut, dia terlihat seekor penyengat kecil berlegar-legar di luar sarang semut tersebut. Rupa-rupanya lebah daripada spesies Kollasmosoma sentum itu gemar menyerang dan 'menyuntik' telurnya ke dalam tubuh semut.

Semua itu dilakukan dalam tempoh yang amat pantas iaitu 0.05 saat.

-Kosmo!

Isnin, 14 Januari 2013

Bunga popi Nepal (Meconopsis autumnalis)

Kebanyakan spesies baharu yang ditemui biasanya bersaiz kecil atau tersembunyi dalam habitat mereka. Namun demikian, tidak semua akan kekal menjadi rahsia kerana pokok popi yang cantik ini akhirnya ditemui oleh penyelidik sains pada tahun lalu.

Bunga popi berwarna kuning atau nama saintifiknya Meconopsis autumnalis yang dikenali sebagai Popi Musim Luruh Nepal itu tumbuh meliar pada ketinggian 3,300 hingga 4,200 meter di kawasan tengah pergunungan Nepal.

Penemuan itu juga menjadi bukti kekurangan ahli botani yang mengkaji dan merekodkan flora Asia itu sebagai spesimen Meconopsis autumnalis walaupun telah ditemui dua kali sebelum ini.

Pada tahun 1962, ia ditemui oleh pemburu tumbuhan Himalaya, Adam Stainton dan pada 1994 oleh kakitangan Jabatan Sumber Tumbuh-tumbuhan, Universiti Tokyo, Jepun.

-Kosmo!

Jumaat, 11 Januari 2013

Gonggok rasaksa (Crurifarcimen vagans)

Dengan ukuran sepanjang 16 sentimeter, spesies ulat gonggok Crurifarcimen vagans ini memegang rekod baharu sebagai ulat gonggok terpanjang dan terbesar.

Ia ditemui di salah satu kawasan biodiversiti terkenal dunia, Pergunungan Arc di timur Tanzania.

Gonggok rasaksa yang menyamai saiz sebatang sosej itu mempunyai diameter 1.5 sentimeter dengan anggaran 56 segmen gegelung pada tubuhnya. Setiap satu gegelung dilengkapi dua pasang kaki.

Spesies ini ditemui di dalam kayu reput di kawasan timur dan barat Pergunungan Hutan Usambara pada paras ketinggian 940 hingga 1800 meter.

-Kosmo!

Khamis, 10 Januari 2013

Kaktus berjalan (Diania cactiformis)

Walaupun kelihatan seperti pokok kaktus berbanding haiwan pada pandangan kali pertama, tetapi Diania cactiformis ini sebenarnya dari kumpulan organisma berperisai yang digelar lobopodia. Ia juga dilaporkan sebagai spesies yang hampir pupus.

Sama seperti satu-satunya lobopodia hidup (Onychophora atau cacing baldu), spesies ini mempunyai badan seperti cacing dan memiliki pasang kaki berbilang.

Berukuran sepanjang enam sentimeter, spesies baharu ini ditemui di kawasan tanah mendap Chengjiang dan Cambrian yang terletak di wilayah Yunan, China dan dianggarkan berusia 520 juta tahun.

-Kosmo!

Rabu, 9 Januari 2013

Tarantula biru (Pterinopelma sazimai)

Spesies tarantula yang cantik ini ditemui oleh sekumpulan penyelidik di kawasan ekopergunungan subtropikal savana di timur Brazil yang dikenali sebagai campo rupestre.

Apabila terkena sinaran matahari, bulu-bulu yang terdapat di badan tarantula ini akan memantulkan warna pelangi.

Penemuan tersebut menyebabkan ia menjadi spesies haiwan pertama dari Brazil yang terpilih untuk direkodkan dalam senarai spesies baharu.

-Kosmo!

Selasa, 8 Januari 2013

Cendawan Spongebob (Spongiforma squarepantsii)

Berbentuk seperti span laut, spesies baharu cendawan istimewa ini ditemui di Bukit Lambir, Sarawak oleh penyelidik, Dennis Desjardin dari Universiti San Francisco, Amerika Syarikat pada tahun 2010.

Mengambil nama sempena watak kartun Spongebob Squarepants, ia berwarna oren terang dan boleh bertukar kepada ungu apabila direnjis dengan bahan asas kimia.

Adakalanya cendawan ini mengeluarkan bau seperti buah-buahan, tetapi paling kerap ia menghasilkan bau busuk dan tengik.

-Kosmo!

Isnin, 7 Januari 2013

Monyet bersin (Rhinopithecus strykeri)

Mamalia ini ditemui oleh Thomas Geissmann dari Universiti Zurich dan rakan penyelidik di pergunungan Myanmar.

Ketika itu, mereka sedang menjalankan satu kajian berhubung anggaran saiz populasi ungka Hoolock.

Hidungnya yang pendek (hampir rata dan hanya berlubang hidung) menyebabkan spesies itu berlainan daripada keluarga monyet yang lain.

Ia mempunyai tabiat yang unik iaitu pada musim hujan, monyet ini terpaksa berdepan dengan situasi yang menyebabkan ia sentiasa terbersin lantaran fizikal hidungnya itu.

Dianggarkan terdapat kira-kira 260 hingga 330 ekor spesies monyet ini di kawasan berkenaan.

-Kosmo!

Jumaat, 4 Januari 2013

Obor-obor Pulau Bonaire (Tamoya ohboya)

Sekali imbas, obor-obor lutsinar rona biru lembut ini mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya.

Ditambah pula dengan tentakel yang berbelang kuning putih, spesies ini boleh dikategorikan sebagai haiwan yang 'comel'.

Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa spesies yang dikenali sebagai Tamoya ohboya itu bijak menyembunyikan sengatan mautnya di sebalik keindahan fizikalnya.

Obor-obor ini ditemui di pantai Pulau Bonaire di perairan Kepulauan Caribbean, Belanda. Nama ohboya itu dicadangkan seorang guru biologi, Lisa Peck kerana orang ramai sering berkata "Oh Boy!" saat kali pertama melihat ataupun apabila terkena sengatnya.

-Kosmo!

Khamis, 3 Januari 2013

David Rocco

David Rocco merupakan seorang aktor dan produder dari Kanada. Antara siri televisyen popular yang dihasilkan dan dihoskan ialah David Rocco's Dolce Vita.

Siri tersebut telah ditayangkan di 120 buah negara seluruh dunia dan daripadanya diterbitkan buku masakan yang laris dijual sehingga memenangi anugerah Gourmand.

Turut menjadi penerbit bersama dan pengacar bagi siri kembara hibrid dan makanan Catalyst Entertainment bertajuk Avventura: Journey in Italian Cuisine.

Sering menjadi juri jemputan bagi program Iron Chef 2010 dan 2011.

Bekerjasama dengan chef selebriti, Gordon Ramsey dalam program Chef's Challenge For A Cure yang berjaya mengumpul dana berjumlah AS$1.2 juta (RM3.8 juta) bagi penyelidikan kanser payu dara dan ovari di Hospital Mount Sinai di Toronto.

Turut menjalin hubungan dengan Yayasan Jantung dan Strok Kanada serta Kerajaan Ontario dalam program yang bertujuan mengajar masyarakat bagaimana untuk memasak menggunakan prinsip kesihatan diet Mediterranean.

Pada awal tahun 2012, majalah HELLO Canada memaparkan David dalam isu Most Beautiful bersama aktor Ryan Gosling dan penyanyi Justin Bieber serta Shania Twain.

-Kosmo!

Rabu, 2 Januari 2013

Burung Murai Batu

Burung Murai Batu merupakan sejenis burung Passerine dalam keluarga spesies Muscicapidae.

Nama saintifik copsychus malabaricus.

Menjadikan kawasan lembah hutan di Semenanjung Malaysia sebagai habitat.

Menjadi buruan peminat pertandingan suara burung kerana siulan yang merdu.

Burung Murai Batu boleh mencapai harga antara RM300 hingga RM600 seekor mengikut saiz.

Burung Murai Batu merupakan spesies yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.

-Kosmo!