Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Rabu, 31 Julai 2013

Kepulauan Paracel


Kepulauan Paracel ialah gugusan pulau-pulau kecil yang terletak di Laut China Selatan.

Terdapat lebih 30 buah pulau kecil di Kepulauan Paracel.

Antara pulau-pulau utama yang terdapat di kepulauan Paracel seperti Pulau Rocky, Pulau Pokok dan Pulau Woody.

Kepulauan Paracel menjadi rebutan antara negara Vietnam dan juga negara China disebabkan jarak antara kepulauan ini dan juga kedua-dua negara tersebut sama.

Orang Cina memanggil Pulau Paracel sebagai Xisha dan menuntutnya sejak Perang Vietnam 1974 dan kemudian turut menuntut Kepulauan Spratly.

Taiwan juga turut menuntut akan hak terhadap kepulauan ini.

Kerajaan China memberikan alasan sejarah yang menyaksikan penguasaan mereka di Laut China Selatan untuk merebut kepulauan tersebut.

sumber: Artikel Nelayan jadi mangsa perebutan pulau susunan Nasri Jamaludin, Kosmo! 30 November 2012.

Selasa, 30 Julai 2013

Kentang


Kentang merupakan tanaman dari Amerika Selatan.

Berasal daripada keluarga Solanaceae, kentang ditanam oleh Orang Asli sejak 7,000 tahun lalu.

Penaklukan Sepanyol terhadap Tamadun Inca menyebabkan tanaman yang tahan pada altitud tinggi itu diperkenalkan ke Eropah dan ke seluruh dunia.

Ubi kentang tiba di Amerika Syarikat pada tahun 1621 apabila Gabenor Bermuda, Nathaniel Butler menghantar dua peti besar mengandungi kentang dan sayur-sayuran lain kepada Gabenor Virginia, Francis Wyatt.

Kentang buat julung-julung kali ditanam pada tahun 1719 di Amerika Utara dan dipercayai berdekatan Londonderry, New Hampshire oleh imigran keturunan Scotland dan Ireland.

Kentang merupakan makanan yang bebas gluten.

Gluten merupakan bahan protein yang terdapat pada bijirin seperti gandum, barli dan rai.

Para pesakit yang menghidap penyakit seliak dan beberapa gangguan gastrousus mendapat manfaat besar daripada kentang.

Kentang dinyahhidrat amat sesuai menjadi bahan pengganti tepung yang mengganti gluten.

Kentang merupakan sejenis bahan makanan yang sesuai dengan semua peringkat umur dan budaya, kentang boleh menjadi makanan bayi yang baru bercerai susu.

Ia merupakan bahan yang terbaik dimasak untuk semua jenis hidangan sekaligus mampu meningkatkan kandungan nutrisi. Ia boleh dimasak dengan pelbagai cara.

Dalam pyramid makanan, dua biji kentang bersaiz kecil sama dengan satu mangkuk nasi, dua keeping roti dan satu setengah mangkuk mi.

Kentang mengandungi tinggi potasium yang mampu mengurangkan risiko hipertensi dan strok selain melindungi jantung.

Kentang juga dapat menolong transmisi pusat saraf dan melawan dinyahhidrat.

Kentang juga mengandungi vitamin C, vitamin B6 dan fiber.

Vitamin C merupakan bahan antioksida yang dapat membantu menstabilkan sel yang rosak dan meningkatkan pengeluaran kolagen yang dapat membantu merawat luka dan kesihatan gusi.

Kentang juga mengandungi 60 fitokimia dengan bahan antioksida.

Bahan tersebut dapat membantu mencegah penyakit kardiovaskular, masalah pernafasan dan beberapa jenis kanser lain.

sumber: Artikel Kentang Amerika popular di Malaysia oleh Adlan Jaafar, Kosmo! 30 Oktober 2012.

Isnin, 29 Julai 2013

Graceland


Graceland ialah sebuah rumah yang terletak di Memphis, Tennessee, Amerika Syarikat. Ia merupakan kediaman raja Rock 'n' Roll Elvis Presley.

Ia dibuka pada 7 Jun 1982 dan diisytiharkan sebagai Lokasi Sejarah Kebangsaan di Amerika Syarikat pada 2006.

Graceland merupakan kediaman yang paling ramai dikunjungi di Amerika Syarikat selain White House dan Biltmore Estate.

Elvis Presley meninggal dunia di kediaman itu pada 16 Ogos 1977.

Rumah itu mempunyai 23 bilik secara keseluruhan termasuk lapan bilik tidur dan bilik air.

Turut dilengkapi kolam renang dan gelanggang skuasy.

Elvis pernah merakamkan dua album di sini iaitu From Elvis Presley Boulevard, Memphis, Tennessee dan Moody Blue.

-Kosmo!

Rabu, 24 Julai 2013

Buaya tembaga


Buaya tembaga dengan nama saintifiknya Crocodylus Porosus adalah reptilia yang hidup dalam air masin dan tawar.

Antara 23 spesies buaya di seluruh dunia, reptilia itu merupakan yang terbesar dan ganas.

Buaya tembaga mempunyai nilai yang tinggi di pasaran terutama kulitnya.

Buaya tembaga merupakan pemangsa dan mampu menangkap haiwan sebesar kerbau sama ada di air atau di darat.

Seekor buaya bergelut dengan ikan jerung

Ada juga kes di mana buaya tembaga telah memakan seekor ikan jerung.

Buaya tembaga dewasa biasanya berukuran antara 4.8 meter hingga 5 meter dan seberat sekitar 770 kilogram.

Buaya tembaga biasanya menghabiskan masa musim hujan tropika di sungai dan paya air tawar, mudik ke hulu hilir kuala pada musim kering dan adakalanya bergerak jauh ke laut.

Ia mampu bergerak di bawah air sehingga 12 ke 15 batu sejam dalam jarak pendek.

Buaya tembaga banyak terdapat di Asia Tenggara dan utara Australasia.

sumber: Artikel Sinonim dengan festival layang-layang tulisan Nasri Jamaluddin, Kosmo! 1 November 2012, wikipedia.

Isnin, 22 Julai 2013

Pasir Gudang

Muzium Layang-Layang Pasir Gudang

Pasir Gudang ialah nama sebuah bandar yang terdapat dalam negeri Johor.

Dahulunya ia dikenali sebagai Kampung Pasir Udang yang telah diterokai oleh Long Abu, dipercayai berasal dari Riau, Indonesia pada tahun 1918.

Kampung Pasir Udang merupakan sebuah perkampungan nelayan dengan jumlah penduduk yang tidak begitu besar populasinya.

Bagaimanapun, kawasan itu terus berkembang termasuk pembukaan lebih banyak kampung dan penempatan baharu.

Nama Kampung Pasir Udang mengalami perubahan menjadi Kampung Pasir Gudang dipercayai akibat aktiviti perlombongan pasir dan terdapat timbunan pasir yang banyak di kawasan itu.

Pasir-pasir tersebut dieksport ke Singapura.

Kini, Pasir Gudang menjadi sebuah kawasan perindustrian termasuk dalam industri minyak dan gas.

Pasir Gudang juga menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

Antara tarikan dan lokasi tumpuan pelancong di Pasir Gudang ialah seperti Muzium Layang-Layang Pasir Gudang, Sarang Buaya, Masjid Jamek Pasir Gudang, Litar Pasir Gudang, perkampungan nelayan Pasir Putih, Tanjung Langsat serta Perigi Acheh.

Pasir Gudang juga menjadi lokasi Festival Layang-Layang Sedunia yang diadakan setiap tahun.

Muzium Layang-Layang Pasir Gudang dibuka pada tahun 2002.

Ia mempunyai koleksi lebih 500 layang-layang tempatan dan luar negara dan turut memaparkan sejarah permainan tradisional rakyat.

Layang-layang yang dipamerkan dan ditempatkan di situ datang dari pelbagai negara seperti Jepun, China, Korea Selatan, Australia dan New Zealand.

sumber: Artikel Sinonim dengan festival layang-layang tulisan Nasri Jamaluddin, Kosmo! 1 November 2012.

Isnin, 15 Julai 2013

Siput gondang emas


Siput gondang emas atau nama saintifiknya Pomacea canaliculata boleh dijumpai di Filipina, Jepun, Korea, Taiwan, Vietnam, Cambodia, Laos, Papua New Guinea, sebahagian dari Indonesia dan Malaysia, Singapura, selatan China dan Guam.

Siput gondang emas juga dijumpai di Republic Dominica dan beberapa negeri di Amerika Syarikat seperti Hawaii, Texas dan California.

Pada tahun 1980, siput gondang emas diperkenalkan di Asia Tenggara sebagai makanan dan haiwan akuarium.

Mula-mula diperkenalkan di Taiwan, kemudian diikuti oleh Jepun, Thailand dan Filipina, siput tersebut kemudian dilepaskan liar.

Pada tahun 1989, siput gondang emas yang diperkenalkan di Hawaii dan Filipina, sebagai makanan dan kemudian terlepas di habitat liar yang akhirnya menjadi perosak tanaman.

Siput gondang emas kemudiannya menjadi perosak tanaman di Texas, California dan Florida dan ia mempunyai kadar pembiakan yang tinggi dan tahan lasak.

Ia juga mampu menghasilkan kelompok telur yang terdiri daripada 1,200 biji telur antara 200 dan 300 biji telur adalah bilangan biasa bagi setiap beberapa minggu.

Anak siput membesar dengan cepat dan matang pada umur lebih kurang dua bulan dan ia mampu hidup selama empat hingga enam tahun.

Dalam keadaan kering siput boleh hidup di dalam tanah selama lima bulan dan tahan kepada pencemaran serta boleh hidup dalam air yang kurang oksigen.

Siput gondang emas boleh hidup dalam pelbagai jenis habitat, tumbuhan dan bahan reput, malah ia juga kuat makan di mana ia mampu makan tanpa henti dalam masa 24 jam.

-Utusan Malaysia

Jumaat, 12 Julai 2013

Harimau Belang

Harimau adalah daripada keluarga Mamalia Felidae. Genusnya ialah panthera dan spesies dinamakan sebagai Panthera tigris.

Terdapat lima subspesies harimau, walaupun ada antaranya diancam kepupusan. Sementara tiga subspesies lagi sudah pupus.

Subspesies harimau yang boleh dikatakan sebagai Harimau China ialah Panthera tigris amoyensis dan Panthera tigris altaica.

Panthera tigris amoyensis

Panthera tigris amoyensis adalah harimau yang tinggal di sekitar China selatan. Ia dilinduingi oleh pemerintah China kerana diancam kepupusan. Harimau ini dinamakan Harimau China Selatan. Namun begitu, ia juga dikenali sebagai harimau Amoy atau harimau Xiamen.

Panthera tigris altaica (harimau altai betina)

Sementara Panthera tigris altaica adalah Harimau China yang tinggal di sebelah utara. Ia dinamakan sebagai Harimau Siberia. Tetapi ia juga dikenali sebagai Harimau Amur, Harimau Manchuria, Harimau Altai, Harimau Korea atau Harimau China Utara.


Namun begitu, walaupun namanya Harimau China Utara, ia sudah tidak kelihatan di negara itu. Kehadirannya hanya dikesan di Siberia iaitu dalam Rusia. Maka dalam keadaan begini, apa yang disebut sebagai Harimau China hanyalah patut merujuk kepada Harimau China Selatan.

Panthera tigris corbetti

Tidak ada harimau yang dikesan di Jepun. Sementara Harimau di Korea dan Mongolia dipercayai merujuk kepada Harimau Siberia yang kini sudah tidak ada di negara-negara itu. Tetapi Vietnam mempunyai harimau yang dikenali sebagai Harimau Indochina. Dengan nama subspesiesnya Panthera tigris corbetti. Ia berada di kawasan Indochina iaitu Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand dan Myanmar. Ia juga ada kalanya dikesan di China.

Panthera tigris tigris

Subspesies yang dikenali sebagai Panthera tigris tigris ataupun harimau Bengal pula ditemui di India dan adalah yang paling banyak ada di dunia.

Panthera tigris jacksoni

Harimau yang ada di Malaysia dinamakan Harimau Malaya dengan nama subspesiesnya ialah Panthera tigris jacksoni. Di Sumatera, Indonesia pula ada harimau Sumatra atau nama subspesiesnya Panthera tigris sumatrae.

Panthera tigris sumatrae

Harimau tidak terdapat di benua Afrika.


sumber: Artikel Ngaum bergaung cakar berbisa.... tulisan Zin Mahmud, Utusan Malaysia 14 Februari 2010, wikipedia.

Rabu, 10 Julai 2013

Tarikh Hijrah

Islam mengikut tarikh hijrah dikira sejak hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah (622 Masihi).

Pengiraan hari dan bulan hijrah adalah berdasarkan peredaran bulan.

Oleh sebab itu, tarikh hijrah juga dinamakan tarikh Qamariah (Arab: al-qamar = bulan).

Nama 12 bulan yang kini digunakan sudah ada sebelum masa Islam.

Nama bulan seringkali mengikut musim atau perilaku orang Arab (khususnya pemuda) dengan nama hari.

Dalam bahasa Melayu digunakan nama (Isnin - Ahad) yang dipakai orang Arab pra-Islam.

Penetapan hijrah Nabi Muhammad SAW sebagai tarikh awal Islam bermula daripada keturunan Ali bin Abu Talib (Khalifah ke-4) kepada Khallifah Umar (Khalifah ke-2) kerana peristiwa hijrah merupakan kejayaan awal perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam menegakan Islam.

Pengiraan hari, bulan dan tahun berdasarkan peredaran bulan (pengiraan Qamariah).

Pengiraan waktu berdasarkan matahari dan bulan disebut dalam surah Yunus ayat 5.

Manakala pengiraan satu tahun 12 bulan disebut dalam surah at-Taubah ayat 36 dan 37.

Ada bulan yang terdiri dari 30 hari ialah bulan ganjil (1,3,5,7,9 dan 11) dan yang terdiri dari 29 hari ialah bulan genap (2,4,6,8,10 dan 12).

Tarikh Hijrah atau Qamariah adalah berdasarkan peredaran bulan (Arab: qamar) mengelilingi bumi.

Satu tahun Qamariah terdiri dari 12 bulan, 354 hari, lapan jam, 47 minit dan 36 saat.

Setiap bulan terdiri dari 29 hari, 12 jam, 44 minit dan tiga saat.


Tahun Gajah

Sebelum ada penetapan tahun hijrah, orang Arab menamakan sesuatu tahun mengikut peritiwa luar biasa yang terjadi pada tahun tersebut, misalnya Tahun Gajah pada kelahiran Nabi Muhammad SAW.


Tahun pertama (622), Baginda di Madinah disebut sebagai Tahun Azan kerana pada tahun itu disyariatkan azan.

Tahun ke-2 (623) Nabi Muhammad SAW di Madinah dinamakan Tahun Izin Perang, Tahun Puasa, Tahun Zakat (Tahun Korban) kerana pada tahun itu disyariatkan keizinan berperang, puasa, zakat dan korban.

Selain itu, tahun ke-9 (629), tahun Nabi Muhammad SAW menetap di Madinah disebut sebagai Tahun Taubah.

Dalam surah ini dinyatakan bahawa Tuhan dan RasulNya memutuskan ikatan dengan kaum musyrik di Mekah.

Tahun ke-10 (630) disebut sebagai Tahun Peroisahan kerana Baginda SAW mengerjakan haji di Mekah.


Penetapan tahun hijrah

Tahun Hijrah ditentukan oleh Khalifah Umar pada 17H/638M.

Untuk menetapkan pengiraan tahun hijrah, Umar mengundang para sahabat.

Ada sahabat yang mengusulkan tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW dikira sebagai permulaan tahun Islam.

Ada pula yang mengusulkan turunnya wahyu pertama.

Yang lainnya mengusulkan Perang Badar (17 Ramadan) dan peristiwa penting Nabi Muhammad SAW.

Ali bin Abu Talib kemudiannya mengusulkan peristiwa hijrah Nabi SAW dari Mekah ke Madinah sebagai permulaan tahun Islam.

Nabi Muhammad SAW tiba di Madinah pada 8 Rabiulawal/20 September 622.

Umar menerima usul ini kerana hijrah merupakan titik pemisah di antara masa Mekah dengan Madinah dan merupakan perjuangan awal Baginda SAW dalam menyebarkan Islam.


Bulan Arab kuno

Menurut sejarawan Islam, Abu Raihan al-Biruni (973 - 1048), di kalangan bangsa Arab kuno sudah terdapat nama 12 bulan yang kini tidak digunakan lagi dalam dunia Arab.

Nama kuno ke-12 bulan ini ialah al-Mu'tamir (bersamaan dengan Safar dan dianggap sebagai bulan pertama), Najir, Khawwan, Bussan, Hantam (Hanam), Zaba' (Zubi), al-Assam, Adil, Nafik, Waghl, Huwa' dan Burak.


Nama hari

Pada mulanya orang Arab membahagikan satu bulan kepada tiga bahagian: masing-masing 10 hari dengan nama: Gurar, Nufal, Tusa', 'Usar, Bid, Dura', Zulam, Hanadis (Duhm), Da'adi dan Mihak.

Permulaan hari ditetapkan dengan kemunculan hilal (al-hilal: anak bulan).

Seterusnya dipakai satuan yang terdiri dari tujuh hari yang dikenali dengan satu minggu dengan nama: Awwal (Ahad), Ahwan, Jubar, Dubar, Mu'nis, Aruba' dan Siyar.

Mengikut masa Islam, nama ketujuh-tujuh hari ini ialah al-Ahad, Al-Ithnian, al-Thulatha', al-'Arabia, al-Khamis, al-Jumu'ah dan al-Sabt yang diMelayukan menjadi Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu.



Bilangan hari pada bulan-bulan Qamariah

Bulan Muharam mempunyai 30 hari.

Bulan Safar mempunyai 29 hari.

Bulan Rabiulawal mempunyai 30 hari.

Bulan Rabiulakhir mempunyai 29 hari.

Bulan Jamadilawal mempunyai 30 hari.

Bulan Jamadilakhir mempunyai 29 hari.

Bulan Rejab mempunyai 30 hari.

Bulan Syaaban mempunyai 29 hari.

Bulan Ramadan mempunyai 30 hari.

Bulan Syawal mempunyai 29 hari.

Bulan Zulkaedah mempunyai 30 hari.

Bulan Zulhijjah mempunyai 29/30 hari.

-Utusan Malaysia, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Selasa, 9 Julai 2013

Asal-usul Hadiah Nobel

Hadiah Nobel ialah anugerah yang diberikan kepada individu yang telah menjalankan penyelidikan yang ulung, mencipta teknik atau radas yang luar biasa serta memberi sumbangan yang utama kepada masyarakat.

Terdapat beberapa kategori Hadiah Nobel iaitu Hadiah Nobel dalam Fizik, Hadiah Nobel dalam Kimia, Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan, Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan, Hadiah Nobel Keamanan dan Hadiah Peringatan Nobel dalam Ekonomi.

Hadiah Nobel dikatakan bermula dari wasiat Alfred Nobel (gambar) iaitu pencipta bahan letupan dinamit.

Pada tahun 1888, Alfred Nobel telah membaca berita kematiannya yang disiarkan dalam akhbar.

Akhbar tersebut telah tersilap melaporkan bahawa dirinya yang maut dalam satu kejadian letupan di kilang membuat dinamit, sedangkan yang mati sebenarnya ialah abangnya yang bernama Ludwig Nobel.

Disebabkan merasa bahawa hidup ini terlalu singkat dan tidak mahu mati sia-sia di dalam kejadian tragik sebegitu, maka Alfred Nobel telah merangka wasiat yang memutuskan bahawa kekayaannya hendaklah digunakan untuk mereka yang menghasilkan faedah terbesar kepada manusia.

Nobel mewariskan lebih 90 peratus dari kekayaannya untuk lima Hadiah Nobel.

Antara tokoh yang pernah menerima Hadiah Nobel seperti Rudyard Kipling, Rabindranath Tagore, Anatole France, George Bernard Shaw, Pearl S. Buck, Bertrand Russel, Ernest Hemingway, Jean-Paul Sartre, Pablo Neruda, Wole Soyinko, Naguib Mahfouz (dari Mesir pada tahun 1988), V.S. Naipaul, Orhan Pamuk (dari Turki, pada tahun 2006), Presiden Barack Obama, George Marshall (dari Amerika), Dag Hammarskjold (Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu 1961), Henry Kissinger dari Amerika dan Le Duc Tho dari Vietnam kerana perjanjian damai Perang Vietnam 1973, Aung San Sun Kyi dari Myanmar, Yasser Arafat dari Palestin, Shimon Peres dan Yitzhak Rabin dari Israel pada 1994, Dalai Lama, 1989 dan Liu Xiaobo dari China tahun 2010.

sumber: Artikel Kontroversi pemilihan Hadiah Nobel tulisan Tan Sri Mazlan Nordin, Utusan Malaysia 19 Disember 2010, wikipedia.


Isnin, 8 Julai 2013

Rupert Murdoch

Rupert Murdoch ialah jutawan media warga Australia-Amerika Syarikat.

Rupert Murdoch memiliki pelbagai akhbar di Australia, Britain dan Amerika Syarikat.

Rubert Murdoch dilahirkan di Melbourne, Australia pada 11 Mac 1931.

Murdoch mula memiliki akhbar Australia kemudian membeli akhbar Sun di London, England dan pada tahun 1969, pengedarannya meningkat hingga 3 juta naskhah.

Murdoch kemudiannya membeli The Times, Sunday Times dan News of the World.

Seterusnya, pada tahun 1970-an, Murdoch meluaskan empayarnya dengan membeli New York Post dan menjadi warganegara Amerika Syarikat.

Setelah menjadi warga Amerika Syarikat, Murdoch telah membeli sebuah stesen televisyen dan juga The Wall Street Journal.

Murdoch telah menjalinkan hubungan yang akrab dengan Presiden Barrack Obama, Perdana Menteri United Kingdom, David Cameron dan Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper.

Pada bulan Julai 2011, Murdoch telah didakwa bahawa syarikat-syarikat akhbarnya termasuk News of the World telah menggodam telefon yang dimiliki oleh para selebriti, kerabat diraja serta orang awam.

Murdoch juga telah disiasat oleh polis dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) serta pihak berkuasa British tentang aktiviti rasuah.

Pada 21 Julai 2012, Murdoch telah meletakkan jawatannya sebagai pengarah di News International.

sumber: Artikel Transisi dan masa depan majalah Newsweek tulisan Tan Sri Mazlan Nordin, Utusan Malaysia 12 Disember 2012, wikipedia.

Jumaat, 5 Julai 2013

Willie Mosconi, legenda billiard dan snooker


Willie Mosconi atau nama penuhnya William Joseph Mosconi dilahirkan pada 27 Jun 1913 dan telah menjadi legenda dalam sukan billiard dan snooker atas kepandaiannya bermain permainan tersebut.

Beliau menjadi pemain billiard profesional sewaktu berusia enam tahun. Dalam usia semuda itu beliau telah bertanding dengan juara dunia iaitu Ralph Greenleaf bagaimanapun Mosconi tewas dalam pertandingan tersebut. Meskipun tewas beliau telah berjaya memberikan saingan hebat kepada lawannya.

Kebolehan bermain billiard ditunjukkan oleh Mosconi sewaktu kecil apabila ayahnya memiliki sebuah kedai billiard.

Mosconi bersama keluarganya tinggal di tingkat atas kedai tersebut dan sering turun melihat pengunjung kedai tersebut bermain billiard dan snooker.

Sewaktu berusia dua tahun Mosconi telah menunjukkan minat yang mendalam dalam sukan billiard dan snooker dan apabila berusia lima tahun Mosconi telah berjaya mengalahkan pesaing yang lebih tua.

Mosconi kemudian menjuarai berbagai pertandingan seperti Billiard Congress of America (BCA) World Straight Pool Championship.

Pada bulan Mac 1954 beliau telah memegang markah tertinggi dalam sukan billiard.

Willie Mosconi meninggal dunia pada 17 September 1993 akibat serangan jantung di kediamannya di Haddon Heights, New Jersey, Amerika Syarikat.

Khamis, 4 Julai 2013

Elaina Smith, DJ Radio termuda di dunia


Elaina Smith menjadi penyampai radio untuk Mercia FM di Coventry, West Midlands, United Kingdom ketika berusia tujuh tahun.

Segalanya bermula pada satu pagi apabila beliau dan ibunya yang sedang bersiap-siap pergi ke sekolah mendengar seorang penyampai radio yang mencari seseorang untuk memberi nasihat kepada pendengarnya yang mempunyai masalah dalam percintaan.

Smith meminta ibunya menghubungi stesen radio tersebut dan nasihatnya "putuskan hubungan, pergi main boling dan minum susu."

Stesen radio berkenaan sangat berminat dengan nasihatnya itu dan kemudian menawarkan slot rancangan pagi pada hujung minggu.

Antara nasihat yang diberikan kepada beberapa pendengarnya adalah, "pergi ke bandar dan menari di kelab malam seperti tiada esok."

"Pastikan lelaki berkenaan seorang yang kaya dan berkereta mewah," kepada seorang pemanggil yang bimbang masih belum mempunyai teman lelaki.

Komen lain adalah seperti, "teman lelaki bukan seorang yang berbaloi untuk direbutkan. Hidup terlalu pendek untuk senantiasa dikecewakan. Teman wanita barunya pasti akan terfikir jika dia boleh curang dengan kawan baiknya, sudah tentu dia akan curang lagi, kata Smith apabila seorang pendengar meminta nasihat kerana teman lelakinya curang dengan kawannya sendiri.

Mungkin agak hebat nasihat kepada orang dewasa bagi kanak-kanak sekecil itu.

-Utusan Malaysia

Rabu, 3 Julai 2013

William James Sidis

William James Sidis dilahirkan pada 1 April 1898 di kota New York, Amerika Syarikat.

Beliau dikatakan mempunyai IQ paling tinggi dalam sejarah manusia iaitu antara 250 hingga 300.

Sidis melanjutkan pelajaran di Universiti Harvard pada usia 11 tahun dan mencatat sejarah sebagai pelajar termuda memasuki universiti berkenaan.

William James Sidis juga dikatakan menguasai 40 bahasa selain mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang matematik.

Beliau pernah diberi peluang untuk berceramah kepada ahli Kelab Matematik Harvard.

William James Sidis telah dilihat sebagai ancaman kepada pelajar-pelajar senior dan beliau telah diugut untuk dipukul oleh pelajar-pelajar berkenaan.

Beliau juga pernah ditangkap dan dipenjarakan selama 18 bulan atas tuduhan menyokong pergerakan sosialis.

Sidis kemudian bekerja sebagai operator mesin di sebuah kilang bagaimanapun sempat menulis beberapa kajian tentang matematik, sejarah dan pembangunan.

Beliau juga mengajar di beberapa buah kolej kecil untuk menyara hidupnya.

William James Sidis meninggal dunia pada 17 Julai 1944 di Boston akibat pendarahan otak. Ketika itu beliau baru berusia 46 tahun.

-Utusan Malaysia

Selasa, 2 Julai 2013

Sir Isaac Newton


Sir Isaac Newton dilahirkan tidak cukup bulan pada 4 Januari 1643 di Lincolnshire, England.

Sir Isaac Newton menuntut di The King's School, Grantham, England dan melanjutkan pelajarannya di Trinity College, Cambridge pada tahun 1661.

Newton telah menemui pembuktian bagi pelbagai hukum alam dengan menggunakan matematik. Antara penemuannya adalah hukum pergerakan dan graviti.

Hukum-hukum ini dibuktikan dengan menggunakan formula matematik yang menerangkan cara sesuatu benda bergerak apabila terdapat daya yang bertindak ke atasnya dan ia merupakan asas kepada ilmu sains pada hari ini.

Beliau juga telah menemui suatu kaedah baharu di dalam matematik yang dipanggil kalkulus sewaktu beliau berusia 24 tahun.

Sir Isaac Newton pernah menjadi ahli parlimen pada tahun 1689 dan 1701.

Sir Isaac Newton meninggal dunia pada 20 Mac 1727 sewaktu sedang tidur. Satu bedah siasat dilakukan terhadap mayat Newton dan mendapati bahawa Newton mati akibat keracunan merkuri. Newton meninggal dunia sewaktu berusia 84 tahun.

-Utusan Malaysia