Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Sabtu, 31 Ogos 2013

Kemboja


Kemboja terletak di bahagian selatan Indochina.

Phnom Penh merupakan ibu negara Kemboja.

Kemboja menggunakan mata wang Kemboja riel. Dollar Amerika Syarikat turut diterima dalam urusan harian.

Penduduk Kemboja kira-kira 14.8 juta.

Keluasan negara adalah 181,035 kilometer persegi.

Kemboja bersempadan dengan Thailand di bahagian barat laut dan barat daya, Vietnam di bahagian timur dan Laos di bahagian timur laut.

Agama rasmi adalah Buddha yang dianuti 95 peratus penduduknya.

Kumpulan etnik terdiri daripada Khmer (90 peratus), Vietnam (5 peratus), Cina (1 peratus) dan lain-lain (4 peratus).

-Kosmo!

Isnin, 26 Ogos 2013

Pusat Kewangan Dunia Shanghai

Pusat Kewangan Dunia Shanghai (SWFC) diiktiraf sebagai bangunan keenam tertinggi di dunia (2013).

Ia terletak di Zon Perdagangan dan Kewangan Luziajui di Pudong, Shanghai, China.

Ketinggiannya setinggi 492 meter atau 101 tingkat.

Sebuah firma dari Jepun, Mori Group telah diberi tanggungjawab merealisasikan pembinaannya pada 1997.

Krisis kewangan yang melanda Asia telah menyebabkan pembinaannya tertanggug selama hampir enam tahun sebelum diteruskan semula pada tahun 2003.

Sebaik siap pada 28 Ogos 2008, SWFC menjadi bangunan tertinggi di China dan ketiga tertinggi di dunia ketika itu.

Reka bentuknya dihasilkan oleh firma Kohn Pedersen Fox Associates P.C.

Pelan asalnya diubah semula agar ukurannya melebihi bangunan Taipei 101 yang dibina di Taiwan.

Bagaimanapun, lapisan asas yang dibina sebelum ini hanya membenarkan ia diubah dari ketinggian 460 meter (94 tingkat) kepada 492 meter (101 tingkat). Ini menyebabkan ia hanya 16 meter lebih rendah daripada bangunan Taipei 101.

Ia menggunakan bingkai besi dan keluli konkrit bertetulang sebagai bahan asas.

Ia juga mempunyai tarikan Sky Walk (laluan berkaca sepanjang 55 meter) di tingkat 100.

Tempoh satu minit diperlukan untuk tiba ke tingkat 95.

Penggunaan teknologi antigempa dan peredam angin membolehkan ia bertahan pada gegaran sehingga 8.0 skala Richter selain mengurangkan impak angin sehingga 40 peratus.

Terdapat lantai kalis api dibina di laluan kecemasan, serta berdozen-dozen lampu penunjuk isyarat laluan.

Penggunaan konduktor kilat dan lapisan dinding kaca yang penyaring sinaran ultra ungu (UV) juga diterapkan.

Rekaan lubang berbentuk trapezoid di bahagian atas bangunan tersebut tlah diubah semula apabila kerajaan China melihat ia seakan-akan sama dengan bendera Jepun.

Hotel Park Hyatt yang terletak di tingkat 79 hingga 93 diiktiraf sebagai hotel tertinggi di dunia.

-Kosmo!

Jumaat, 23 Ogos 2013

Pantai Remis Kuala Selangor


Pantai Remis, Kuala Selangor terletak kira-kira 60 kilometer dari Kuala Lumpur.

Pantai Remis airnya berlumpur tetapi pelbagai aktiviti boleh dilakukan antaranya bermain layang-layang, beristirehat di bawah pokok atau kerusi batu.

Sesuai juga untuk aktiviti memancing dan perkhemahan.

Kemudahan yang ada termasuk surau, tandas, medan selera dan tempat letak kereta.


Pantai ini di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Kuala Selangor.

Kemudahan penginapan seperti Hotel De Palma Kuala Selangor di Tanjung Keramat, Hotel Sun Inns (Taman Bendahara) dan Hotel Malawati Ria serta Hotel Kuala Selangor di pean lama Kuala Selangor.

-Kosmo!

Khamis, 22 Ogos 2013

Kucing Parsi


Kucing Parsi mempunyai susunan tulang yang padu serta mempunyai ekspresi muka manis dan bulat.

Biasanya bersaiz besar tetapi kaki pendek dengan diselubungi bulu lebat.

Ia bergerak dengan ketangkasan yang sukar dijangka.

Ia mempunyai sifat tenang dan bersahaja.

Baka paling popular terdapat di Amerika Syarikat.

Ia juga mempunyai ekor panjang dan berbulu lebat.

- Kosmo!

Rabu, 21 Ogos 2013

Halia


Halia ialah sejenis tumbuhan herba yang sering digunakan dalam masakan.

Nama saintifik bagi halia ialah Zingiber officinale.

Halia digunakan sebagai perisa masakan sama ada halia segar, halia kering atau halia bergula.

Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.

Jenis-jenis halia yang ditanam di Malaysia ini ialah halia Bentong, halia Taiwan dan halia Indonesia.


Antara khasiat halia:
  • Membantu menghadamkan makanan.
  • Membuang angin yang terdapat dalam usus kecil dan besar.
  • Membuang kahak dan lendir yang melekat pada halkum.
  • Mengurangkan bau mulut.
  • Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buah-buahan atau sayur-sayuran yang dimakan.

Halia mengandungi berdozen-dozen fitonutrien yang dikenali sebagai gingerol iaitu sejenis kimia yang berpotensi sebagai penawar inflamasi.

Halia merah atau Zingiber officinale var. Rubra digunakan dalam perubatan tradisional di Indonesia sebagai ubat penahan sakit untuk penyakit artritis atau radang sendi.

Kajian saintis juga mendapati halia mempunyai khasiat antiradang. Beberapa ekstrak halia mengekang beberapa gen yang menyumbang masalah keradangan.

sumber: Artikel Halia Bentong rahsia sup enak oleh Nasri Jamaluddin, Kosmo! 20 November 2012.

Selasa, 20 Ogos 2013

Pencemaran karbon dioksida


Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) menyatakan pada tahun 2011 bahawa pencemaran karbon dioksida (CO2) di udara adalah paling tinggi.

Kadar kandungan CO2 di atmosfera meningkat 40 peratus pada 2012 berbanding sebelum tahun 1700 yang merupakan Zaman Industri.

Terdapat 30 peratus peningkatan kesan pemanasan iklim dunia antara tahun 1990 dan 2011 yang berpunca daripada gas CO2 hasil pembakaran bahan api fosil.

Sebanyak 350 bilion metrik gas CO2 dilepaskan ke atmosfera bumi sejak tahun 1750.

-AP, Kosmo!

Isnin, 19 Ogos 2013

Susu lembu


Susu lembu rendah kandungan gula dan tinggi kandungan protein.

Ia mengandungi lemak sekitr 3.5 hingga 6.5 peratus.

Susu lembu mengandungi pepejal susu antara 4 hingga 8.5 peratus.

Air yang terkandung dalam susu lembu pula sekitar 88 peratus.

Protein utama yang terdapat dalam susu lembu ialah kasein sebanyak 80 peratus dan bakinya ialah whey.

Kandungan vitamin yang terdapat dalam susu lembu seperti vitamin D dan K, Iodin, Vitamin B12 dan Riboflavin, Biotin dan asid pantothenik, Vitamin A, Potasium dan magnesium, selenium, thiamin dan konjugat asid linoleik.

-Kosmo!

Rabu, 14 Ogos 2013

Kain felt


Kain flanel atau kain felt agak kuat kerana diperbuat daripada bulu biri-biri yang dimampatkan.

Proses pembuatan kain felt dibezakan dengan peringkat wet felting iaitu proses pemanasan dan penguapan dengan campuran bahan-bahan tertentu.

Terdapat dua jenis bahan campuran dalam kain tersebut iaitu akrilik dan polyester.

Kain felt daripada akrilik biasanya lebih lembut.

Ia amat sesuai untuk membuat bantal atau rantai kunci kerana mudah dibentuk.

Kain felt jenis polyester pula lebih keras tetapi mempunyai variasi ketebalan.

Lebih tebal felt polyester itu lebih mahal harganya kerana ia lebih berkualiti.

Kain felt jenis itu sesuai dibuat huruf atau sarung telefon bimbit.

Kain felt yang kebanyakannya diimport dari Korea dan Taiwan itu juga tampil dengan kain berwarna polos atau dengan sedikit corak.

Kain felt dikatakan antara kain yang tertua di dunia jauh lebih awal daripada fabrik tenunan.

Di Turki, bekas-bekas penggunaan kain felt telah ditemui oleh ahli arkeologi dengan jangkaan usianya dikatakan 6500 Sebelum Masihi.

Jenis kain flanel yang sangat rumit juga ditemukan dalam kondisi diawetkan di sebuah makam di Siberia yang berasal dari tahun 600 Masihi.

Legenda daripada masyarakat Sumeria mendakwa bahawa rahsia pembuatan kain itu ditemui oleh seorang pahlawan bernama Urnamman.

Sejarah kain felt juga dikaitkan berlaku semasa St. Clement dan St. Christopher melarikan diri daripada penindasan suatu ketika dahulu.

Mereka membungkus selipar menggunakan sejenis bulu haiwan untuk mencegahnya daripada rosak.

Pada akhir perjalanan mereka, akibat geseran daripada pergerakan dan peluh telah membuatkan bulu itu bertukar menjadi lembut.

Ia kemudiannya boleh dijadikan sarung kaki.

Pembuatan kain felt masih diamalkan oleh orang nomad (orang Altaic) di Asia Tengah dan bahagian utara Asia Timur (Mongol).

Mereka masih menghasilkan permaidani, khemah dan pakaian tebal.

Sebahagian yang lain pula direka sebagai barang tradisional dan pasaran pelancong, seperti selipar yang dihiasi.

Masyarakat barat pula menggunakan kain felt secara meluas sebagai medium untuk bersuara dalam seni tekstil serta reka bentuk yang mempunyai kepentingan sebagai tekstil ekologi.

Sejak kurun ke-17, topi yang diperbuat daripada kain felt seperti fedoras, trilbies dan homburgs dipakai ramai lelaki di barat.

sumber: Artikel Ceria dan comel dengan kain felt oleh Diyanatul Atiqah Zakaria, Kosmo! 22 November 2012.

Selasa, 13 Ogos 2013

Saintis Amerika Syarikat pernah rancang letupkan nuklear di bulan

Replika bom Fat Man yang dirancang untuk diletupkan di bulan

Beberapa saintis Amerika Syarikat dikatakan pernah merancang untuk meletupkan sebuah bom nuklear di bulan sewaktu era Perang Dingin.

Projek rahsia yang dikenali sebagai Project A119 itu bagaimanapun tidak pernah dijalankan.

Rancangan asal ialah untuk melancarkan sebuah roket nuklear daripada sebuah lokasi rahsia ke arah bulan dan roket tersebut akan meletup setelah merempuh bulan.

Rancangan itu tidak diterima oleh tentera Amerika Syarikat kerana ia boleh membahayakan penduduk Bumi.

Projek itu dirancang pada tahun 1950-an dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan Amerika Syarikat kepada negara musuh seperti Kesatuan Soviet.

Sebelum itu Kesatuan Soviet yang merupakan sebuah negara komunis telah melancarkan satelit Sputnik.

Sumber:

Isnin, 12 Ogos 2013

Projek RTS

Tambak Johor

Projek RTS ialah Sistem Transit Pantas yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura.

Pada bulan Mei 2012 Malaysia dan Singapura mengumumkan kerjasama antara kedua-dua negara dalam memperbaiki laluan dan landasan penghubung menerusi pembukaan RTS dari Singapura ke Johor Bahru pada tahun 2018.

Projek RTS bertujuan mengatasi masalah trafik di Tambak Johor yang digunakan oleh kira-kira 10,000 rakyat Malaysia yang bekerja di negara itu serta 100,000 kenderaan yang bergerak antara kedua-dua negara.

-Kosmo!

Selasa, 6 Ogos 2013

Bangunan hijau di Malaysia

Pusat Tenaga Malaysia di Bangi

Sehingga 15 Jun 2012, sebanyak 291 bangunan telah didaftarkan di Malaysia di bawah Inisiatif Bangunan Hijau (GBI).

Bangunan Berlian Suruhanjaya Tenaga Malaysia di Putrajaya

Daripada jumlah itu, 67 bangunan telah menerima Penilaian Reka Bentuk dan lima Sijil GBI Akhir.

Platinum Sentral di KL Sentral

Kesemua 72 projek itu mewakili kawasan lantai kasar seluas 2.5 juta meter persegi dan ia membantu persekitaran tempatan dengan mengurangkan pengeluaran karbon dioksida atau bersamaan dengan lebih 110,000 tan setiap tahun.

GTower Hotel di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Bangunan hijau merupakan bangunan bercirikan teknologi binaan mesra alam semula jadi dan konsep tersebut semakin popular digunapakai di kebanyakan bangunan pejabat dan rumah kediaman.

Bangunan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di Bukit Kiara, Kuala Lumpur

Selain menjimatkan pelbagai jenis tenaga termasuk tenaga elektrik, air, angin serta kos ia juga memberi keselesaan dan persekitaran yang sihat kepada para penghuninya.

Antara ciri-ciri bangunan tersebut ialah memiliki elemen semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan yang ditanam di dalam dan di luar bangunan.

Antara bangunan yang telah diiktiraf sebagai bangunan hijau ialah Pejabat Tenaga Hijau di Pusat Tenaga Malaysia, Bangi; Bangunan Berlian yang dijadikan sebagai ibu pejabat Suruhanjaya Tenaga Malaysia di Putrajaya, Platinum Sentral di KL Sentral yang dibangunkan oleh Malaysian Resources Corporation Bhd. serta GTower Hotel di Jalan Tun Razak dan Bangunan Suruhanjaya Sekuriti.

-Kosmo!

Isnin, 5 Ogos 2013

Menara condong China


Umum mengetahui bahawa Menara Pisa di Itali merupakan sebuah menara yang kedudukannya agak condong namun terdapat beberapa bangunan lain lagi di dunia yang juga merupakan bangunan yang kedudukannya condong.

Antaranya ialah Menara Condong Teluk Intan di Teluk Intan, Perak, Malaysia dan Menara Wanshousi yang terletak di Xi'an, wilayah Shaanxi, China.

Menara tersebut dikatakan menjadi condong sejak tahun 1960-an.

Ia dibina sejak zaman Dinasti Ming yang memerintah pada tahun 1368 hingga 1644.

Beberapa rangka besi telah dipasang untuk menyokong menara itu bagi mengelak ia tumbang.

-Kosmo!

Jumaat, 2 Ogos 2013

Menara Keangnam


Menara Keangnam atau Keangnam Hanoi Landmark Tower ialah sebuah bangunan pencakar langit yang dibina di negara Vietnam.

Ia mula dibina pada tahun 2008 dan siap dibina pada tahun 2012.

Ia dibina oleh sebuah syarikat daripada Korea Selatan iaitu Keangnam Enterprise.

Lokasinya terletak di Jalan Pham Hung, Cau Giay.

Bangunan yang bercirikan senibina moden ini mempunyai tiga menara masing-masing iaitu menara utama, Menara Keangnam setingi 336 meter dan diapit dua menara lain setinggi 212 meter.

Kos pembinaan bangunan ini dianggarkan melebihi RM3 bilion.

Kegunaan utama bangunan ini adalah sebagai ruang komersial, hotel dan apartment.

Menara utama disasarkan untuk syarikat-syarikat besar membuka ibu pejabat masing-masing.

Di menara utama menempatkan kompleks beli-belah dan 70 tingkat untuk pejabat manakala dua menara lagi untuk kediaman masing-masing 47 tingkat.

Bangunan menara tersebut turut menempatkan hotel lima bintang, pejabat, ruang hiburan, perniagaan runcit, klinik dan pusat konvensyen.

Bangunan kediaman pula menawarkan kediaman berkonsep apartment yang terdiri daripada dua hingga empat bilik.

Ruang kediaman menempatkan 918 apartment dan penthouse.


Bahagian bawah atau permukaan merupakan kawasan tempat meletak motosikal dan kereta.

Menara utama terletak di kawasan seluas 46,000 meter persegi daripada keseluruhan tapak bagi sebuah bangunan tinggi.

Apartment ini turut menyasarkan pembeli warga asing terutamanya bagi unit yang dilengkapi semua kemudahan.

Menara Keangnam merupakan yang ke-26 tertinggi di dunia dan ke-17 bagi kategori pejabat untuk disewa.

Sebelum ini, Pusat Dagangan Saigon merupakan bangunan tertinggi di Vietnam iaitu 145 meter.

sumber: Artikel Keangam menara kebanggaan Vietnam oleh Nasri Jamaluddin, Kosmo! 29 November 2012.

Khamis, 1 Ogos 2013

Sauh

Sauh digunakan untuk menambat kapal ke dasar perairan sehingga tidak berpindah tempat kerana hembusan angin, arus ataupun ombak laut.

Sauh dihubungkan dengan rantai diperbuat daripada besi ke kapal dan dengan tali pada kapal kecil atau sampan.

Sauh merupakan simbol cukup sinonim dengan kegiatan berkait rapat lautan ataupun maritim.

Sauh yang dibuat mengikut kaedah tradisional harus menjalani beberapa proses sebelum sauh tersebut dapat dihasilkan.

Batang besi perlu diketuk terlebih dahulu dan dibakar bagi membentuk saiz yang sesuai untuk dijadikan sauh.

Besi perlu dibakar dengan arang sehingga menjadi kemerah-merahan.

Ia bertujuan untuk memastikan batang besi tersebut menjadi lembut agar mudah dilentur untuk dijadikan sauh.

Selepas proses tersebut, batang besi akan diketuk dan dibentuk sehingga bengkok untuk menjadi sauh.

Semasa proses tersebut dilakukan, plat besi yang akan menjadi daun sauh akan dilicinkan mengguna peranti.

Selepas semua proses berkenaan siap dilakukan, kesemua bahan-bahan berkenaan akan dikimpal menjadi sauh.

Setelah selesai, sauh akan dicat dengan warna perang agar kelihatan kemas dan kemudian akan dikeringkan sebelum dijual.

sumber: Artikel Siapkan 40 tempahan sauh dalam seminggu oleh Nadzarul Amir Zainal Azam, Kosmo! 30 November 2012.