Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Nama lama Pepsi ialah Brad's Drink

Nama minuman ringan tersebut mungkin berasal daripada nama pencipta minuman cola, Caleb Bradham. Caleb Bradham ialah seorang ahli farmasi daripada Carolina Utara, Amerika Syarikat. Beliau mula menemukan formula minuman ringan tersebut pada tahun 1883. Rakan-rakan dan ahli keluarganya yang mula-mula merasa minuman tersebut dan menggelarnya sebagai Brad's Drink ataupun Minuman Brad. Antara ramuan yang terdapat dalam minuman tersebut ialah kombinasi air berkarbonat, gula, vanila, minyak luar biasa dan kekacang cola atau cola nuts.

Pada tahun 1898, beliau memutuskan untuk mengubah nama produknya kepada sesuatu yang lebih deskriptif. Beliau membeli hakcipta untuk nama Pep Cola daripada sebuah syarikat pengeluar minuman cola dan menukarnya kepada Pepsi Cola.

Penukaran ini dibuat kerana beliau mahu memasarkan produknya sebagai satu minuman yang berpotensi untuk membantu penghadaman, sebagaimana yang berlaku secara semulajadi apabila enzim pepsin menghancurkan makanan di dalam perut. Kemungkinan juga nama Pepsi diambil daripada nama pepsin.

sumber: www.pepsiusa.com

Tiada ulasan: