Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Isnin, 8 Ogos 2011

Nyamuk tertarik dengan kaki yang berbau


Tahukah anda bahawa nyamuk menyukai kaki manusia yang berbau. Para saintis di Tanzania telah menggunakan maklumat ini untuk memerangi malaria. Mereka telah mencipta sejenis perangkap nyamuk dengan menyembur sejenis kimia yang berbau untuk menarik nyamuk-nyamuk ke dalam perangkap yang disediakan.

Nyamuk juga tertarik dengan bau keju Limburger. Nyamuk juga tertarik dengan warna hitam.

sumber: abcnews.go.com

Jumaat, 5 Ogos 2011

Nama lama Pepsi ialah Brad's Drink

Nama minuman ringan tersebut mungkin berasal daripada nama pencipta minuman cola, Caleb Bradham. Caleb Bradham ialah seorang ahli farmasi daripada Carolina Utara, Amerika Syarikat. Beliau mula menemukan formula minuman ringan tersebut pada tahun 1883. Rakan-rakan dan ahli keluarganya yang mula-mula merasa minuman tersebut dan menggelarnya sebagai Brad's Drink ataupun Minuman Brad. Antara ramuan yang terdapat dalam minuman tersebut ialah kombinasi air berkarbonat, gula, vanila, minyak luar biasa dan kekacang cola atau cola nuts.

Pada tahun 1898, beliau memutuskan untuk mengubah nama produknya kepada sesuatu yang lebih deskriptif. Beliau membeli hakcipta untuk nama Pep Cola daripada sebuah syarikat pengeluar minuman cola dan menukarnya kepada Pepsi Cola.

Penukaran ini dibuat kerana beliau mahu memasarkan produknya sebagai satu minuman yang berpotensi untuk membantu penghadaman, sebagaimana yang berlaku secara semulajadi apabila enzim pepsin menghancurkan makanan di dalam perut. Kemungkinan juga nama Pepsi diambil daripada nama pepsin.

sumber: www.pepsiusa.com

Khamis, 4 Ogos 2011

Asal-usul nama pepijat komputer (computer bug)

Kupu-kupu yang dikatakan sebagai 'pepijat komputer' pertama yang telah memasuki komputer Mark II pada tahun 1947.

Seekor kupu-kupu telah ditemui pada komputer Mark II ketika ia sedang diuji di Universiti Harvard pada bulan September 1947.

Setelah membuang serangga tersebut, pengendali-pengendali mesin menggunakan istilah bahawa mereka telah pun 'debugged' (nyahpepijat) komputer tersebut yang kemudiannya menjadi istilah teknikal bagi merujuk kepada aktiviti mengenalpasti dan membuang kesilapan-kesilapan dalam perkakasan dan perisian komputer.

Komputer Mark II

Mereka kemudiannya melekatkan kupu-kupu tersebut di log komputer dan mencatatkan sedikit nota di bawahnya "Kes 'bug' (serangga) yang pertama dijumpai." Beberapa dekad kemudian log itu telah dihantar kepada Muzium Komputer Tentera Laut di Dahlgren, Virginia, Amerika Syarikat.

sumber: www.history.navy.mil