Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Khamis, 5 Januari 2012

Lebah

Lebah

Lebah ialah sejenis serangga kumpulan himenoptera. Terdapat kira-kira 20 spesies lebah di seluruh dunia.

Bagi spesies lebah hutan yang terdiri daripada 50,000 hingga 80,000 ekor satu koloni manakala lebah ternak hidup di antara 2,000 hingga 16,000 ekor.

Lebah mempunyai sengat pada hujung badan yang bersambung dengan pundi racun melalui saluran.

Terdapat tiga kasta dalam koloni lebah iaitu permaisuri lebah (boleh bertelur), lebah betina (tidak boleh bertelur) dan lebah jantan.

Setiap koloni lebah diketuai oleh permaisuri lebah. Permaisuri lebah boleh bertelur sehingga 2,000 biji sehari. Jangka hayat permaisuri lebah ialah kira-kira 3 tahun manakala jangka hayat lebah lain ialah kira-kira 3 bulan.


Bagaimana seseorang boleh mati disengat lebah

Apabila lebah menyengat, ia meninggalkan kantung racun di tapak sengatan supaya bahan racun terus mengallir ke dalam tubuh mangsanya.

Sejenis bahan kimia yang disebut pteromone juga ditinggalkan pada mangsanya yang menghasilkan sejenis bau bagi menarik perhatian lebah lain supaya menyerang mangsa tersebut.

Bahan racun himenoptera boleh menghasilkan kesan reaksi setempat dalam masa beberapa jam, antaranya bahagian sengatan kelihatan bengkak, rasa gatal, sakit dan bengkak kemerahan.

Jika mangsa alah kepada racun tersebut, mereka akan mengalami kejutan anafilaksi yang boleh menyebabkan sesak nafas, rasa mual, degupan jantung menjadi pantas, tidak sedarkan diri dan seterusnya boleh menyebabkan maut.


Tebuan

Perbezaan lebah dan tebuan

Bilangan koloni tebuan lebih kecil iaitu sekitar 10 hingga 25 ekor sahaja.

Lebah mempunyai segmen badan yang sedikit bulat dan berbulu berbanding tebuan yang mempunyai segmen badan yang lebih kecil dan tidak berbulu.

Lebah berwarna coklat dan mempunyai belang berwarna hitam manakala tebuan berwarna hitam dengan belang kuning terang.

Makanan lebah ialah nektar bunga manakala tebuan makan serangga kecil lain, buah ranum, minuman manis dan sisa makanan.

Pada waktu malam, lebah tidak tertarik pada cahaya manakala tebuan tertarik kepada cahaya.

sumber: Kosmo!, Pusat Racun Negara USM

Tiada ulasan: