Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Isnin, 30 Januari 2012

Royal Selangor Theatre


Royal Selangor Theatre terletak di Jalan Persidangan, Seksyen 14 merupakan sebuah ikon terbaharu di Shah Alam.

Bangunan ini dikenali kerana keunikan reka bentuknya yang mengangkat elemen Melayu Bugis.

Ia dibuka pada pertengahan bulan Oktober 2011.


Bangunan itu setinggi enam tingkat dan mula dibina pada tahun 2004 dengan kos sebanyak RM43 juta.

Royal Selangor Theatre dilengkapi dengan pentas bergerak, sistem pengudaraan dan penyejukan semula jadi dan reka bentuk bumbungnya seperti kipas.

sumber: Kosmo!

Khamis, 26 Januari 2012

Taman Botani Negara Shah Alam


Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) dahulu dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah, sebelum dimasyhurkan menjadi Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Hisamuddin Alam Shah Al-Haj pada tahun 1991.

TBNSA dihuni oleh pelbagai spesies flora dan menjadi habitat unggas dan haiwan kecil.

TBNSA juga cemerlang sebagai pusat pendidikan, penyelidikan saintifik dan pemuliharaan bagi pembangunan botani, hortikultur, pertanian serta bidang-bidang lain yang berkaitan dengannya.

Terdapat 13 lokasi menarik yang dibangunkan khas dan mempunyai daya tarikan istimewa di TBNSA atau lebih mudah dikenali sebagai Taman Botani.

Antaranya seperti Taman Iklim Sederhana Empat Musim, Taman Rempah Ratus dan Minuman dan Empangan Sungai Baru.

Rumah Iklim Empat Musim boleh dikunjungi bermula pukul 8.30 pagi sehingga 4.30 petang dan dibuka setiap hari kecuali hari Isnin.

Bayaran untuk memasuki Rumah Empat Musim ialah RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.

sumber: Kosmo!

Rabu, 25 Januari 2012

AIDS


AIDS adalah singkatan untuk Acquired Immune Deficiency Syndrome (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit).

Individu yang dijangkiti AIDS, sistem imunnya tidak mampu melawan serangan jangkitan penyakit.

Ia disebabkan oleh virus HIV atau Human Immunodeficiency Virus yang menyerang secara perlahan-lahan sel darah putih sehingga badan tidak mampu melawan penyakit lagi. Pada peringkat serangan HIV palin teruk, ia dinamakan sebagai AIDS.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, dalam tempoh 10 tahun, AIDS mampu terbentuk hasil daripada kerosakan yang dibuat oleh virus HIV.

AIDS didiagnosis apabila bilangan sel dalam sistem imun (sel CD4) dalam darah individu positif HIV menurun pada tahap yang tertentu.

Kira-kira 34 juta orang hidup dengan HIV/AIDS sejak ia mula dikenal pasti pada tahun 1981.

Sejak dikesan, lebih 30 juta orang mati disebabkan AIDS dengan anggaran 1.8 juta orang mati pada tahun 2010.

AIDS di Malaysia

Bilangan pesakit yang mengalami jangkitan HIV yang dikenal pasti pada tahun 2008 ialah 3,692.

Kematian yang berkaitan dengan AIDS ialah 900 orang.

Purata pesakit yang dijangkiti dalam sehari ialah 10 orang.

sumber: Kosmo!, www.avert.org/aids, www.unicef.org/malaysia/hiv_aids

Isnin, 16 Januari 2012

Afghanistan


Ibu negara Afghanistan ialah Kabul. Bahasa rasmi negara Afghanistan ialah bahasa Parsi dan Pashto. Populasi di Afghanistan pada tahun 2011 mencatatkan penduduk di Afghanistan seramai 29,835,392 orang.

Rakyat Afghanistan berada dalam keadaan bahaya dan penderitaan sejak Amerika Syarikat dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) melakukan pencerobohan ke atas negara itu.

Sejak tahun 2003 rakyat Afghanistan mengharapkan keamanan dan pembangunan yang sempurna selepas Taliban ditumbangkan.

Afghanistan pernah berhadapan serangan berani mati paling buruk pada Februari 2008 apabila lebih 100 orang terkorban ketika menyaksikan pertandingan perlawanan anjing di Kandahar.

sumber: Kosmo!

Khamis, 5 Januari 2012

Lebah

Lebah

Lebah ialah sejenis serangga kumpulan himenoptera. Terdapat kira-kira 20 spesies lebah di seluruh dunia.

Bagi spesies lebah hutan yang terdiri daripada 50,000 hingga 80,000 ekor satu koloni manakala lebah ternak hidup di antara 2,000 hingga 16,000 ekor.

Lebah mempunyai sengat pada hujung badan yang bersambung dengan pundi racun melalui saluran.

Terdapat tiga kasta dalam koloni lebah iaitu permaisuri lebah (boleh bertelur), lebah betina (tidak boleh bertelur) dan lebah jantan.

Setiap koloni lebah diketuai oleh permaisuri lebah. Permaisuri lebah boleh bertelur sehingga 2,000 biji sehari. Jangka hayat permaisuri lebah ialah kira-kira 3 tahun manakala jangka hayat lebah lain ialah kira-kira 3 bulan.


Bagaimana seseorang boleh mati disengat lebah

Apabila lebah menyengat, ia meninggalkan kantung racun di tapak sengatan supaya bahan racun terus mengallir ke dalam tubuh mangsanya.

Sejenis bahan kimia yang disebut pteromone juga ditinggalkan pada mangsanya yang menghasilkan sejenis bau bagi menarik perhatian lebah lain supaya menyerang mangsa tersebut.

Bahan racun himenoptera boleh menghasilkan kesan reaksi setempat dalam masa beberapa jam, antaranya bahagian sengatan kelihatan bengkak, rasa gatal, sakit dan bengkak kemerahan.

Jika mangsa alah kepada racun tersebut, mereka akan mengalami kejutan anafilaksi yang boleh menyebabkan sesak nafas, rasa mual, degupan jantung menjadi pantas, tidak sedarkan diri dan seterusnya boleh menyebabkan maut.


Tebuan

Perbezaan lebah dan tebuan

Bilangan koloni tebuan lebih kecil iaitu sekitar 10 hingga 25 ekor sahaja.

Lebah mempunyai segmen badan yang sedikit bulat dan berbulu berbanding tebuan yang mempunyai segmen badan yang lebih kecil dan tidak berbulu.

Lebah berwarna coklat dan mempunyai belang berwarna hitam manakala tebuan berwarna hitam dengan belang kuning terang.

Makanan lebah ialah nektar bunga manakala tebuan makan serangga kecil lain, buah ranum, minuman manis dan sisa makanan.

Pada waktu malam, lebah tidak tertarik pada cahaya manakala tebuan tertarik kepada cahaya.

sumber: Kosmo!, Pusat Racun Negara USM