Penerangan Blog
Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.
Isnin, 25 Julai 2011
Koleksi lukisan pada tangan
Gambar-gambar ini, yang menggunakan tangan manusia untuk dilukis dan membentuk imej haiwan yang menarik telah pun disebarkan melalui e-mail, blog, laman-laman web dan media sosial untuk beberapa tahun.
Meskipun beberapa pengulas pernah meragui akan ketulenan gambar-gambar ini, ia sebenarnya tulen dan dilukis di atas tangan manusia.
Lukisan-lukisan atas tangan ini yang digelar Handimals telah diilhamkan oleh seorang pelukis berbakat luarbiasa daripada Itali bernama Guido Daniele. Menurut artikel yang disiarkan di Sun-Herald bertarikh 21 Disember 2008:
Pada pandangan pertama ia tampak seperti gambar hidupan liar tetapi apabila dilihat dengan lebih dekat ia sebenarnya adalah lukisan yang dilukis di atas tangan atau dipanggil 'handimals'. Koleksi tersebut - yang mana hampir 60 imej yang telah membanjiri dan memenuhi inbox untuk e-mail di seluruh dunia - adalah hasil kerja seorang artis Itali bernama Guido Daniele yang digelar 'Michel-handgelo'. Selain daripada kanvas, Daniel menggunakan tangan-tangan model untuk membentuk haiwan-haiwan seperti singa, kuda belang dan burung helang.
Guido Daniele mendapat idea untuk melukis haiwan pada tangan manusia selepas sebuah agensi pengiklanan mengupahnya untuk melukis gambar-gambar haiwan pada tubuh badan manusia. Setelah mengkaji cara terbaik untuk melukis imej haiwan pada tangan, belaiu telah mencipta handimal pertama beliau iaitu cheetah.
Daniele memberitahu bahagian paling sukar baginya adalah ketika menyaksikan hasil lukisannya dibasuh dan dibersihkan daripada tangan modelnya.
Sebuah artikel tentang Daniele telah diterbitkan dalam sebuah blog berjudul letscounthedays menerangkan:
Kebiasaannya, Daniele menggunakan anak lelakinya, Michael James, 15 dan anak perempuannya, Ginevra, 22 sebagai kanvas-kanvas utamanya. "Jika anda menghabiskan masa berjam-jam memegang tangan seseorang, saya lebih suka sekiranya tangan itu seseorang yang anda sayangi. Tiada apa yang lebih teruk daripada bekerja dengan seorang model yang gementar dengan tangan yang menggeletar." Pada purata biasa, untuk menghasilkan satu Handimal ia mengambil masa sekitar empat jam melukis secara keseluruhannya. Bagaimanapun, pada kali pertama Daniele melukis helang dengan sayap-sayap teregang, beliau mencatat masa selama sepuluh jam untuk menyiapkannya.
Koleksi lukisan Guido Danile boleh dilihat di laman webnya iaitu www.guidodaniele.com
sumber: hoax-slayer.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan