Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Jumaat, 30 Disember 2011

Populasi China


Populasi China

Populasi di China mencatatkan 1,336,718,015 orang pada tahun 2011.

Kadar pembangunan populasi di China dijangka meningkat 0.5 peratus bagi tahun 2011.

Kadar kelahiran di China ialah 12.29 kelahiran setiap 1,000 orang.

Populasi urban di China terdiri daripada 47 peratus populasi keseluruhan dan kadar populasi pula sekitar 2.3 peratus setahun.


Polisi seorang anak China

Mula diperkenal pada tahun 1979, bagaimanapun ada wilayah yang membenarkan anak kedua jika anak pertama adalah lelaki.

Kira-kira 63 peratus peratus populasi China mengikut polisi.

Pada tahun 1970, seorang wanita secara kasar mempunyai enam orang anak.

Perubahan paling dramatik ialah pada tahun 1970 hingga 1980 apabila kadar kelahiran jatuh dari 44 bagi setiap 1,000 wanita kepada 18 kepada setiap 1,000 wanita.

Di wilayah seperti Chengdu, di Sichuan, polisi anak pertama mencecah 97 peratus.

Polisi satu anak untuk mencegah 300 juta kelahiran iaitu angka yang sama dengan populasi seluruh Eropah.

sumber: Kosmo!

Tiada ulasan: