Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Isnin, 27 Ogos 2012

Silap mata

Houdini
Pertunjukan silap mata yang pertama disebut dalam sejarah tercetus pada era Firaun (gelaran yang diberikan kepada pemerintah Mesir dalam tempoh praKristian dan praIslam), iaitu kira-kira 5,000 tahun yang lalu.

Umum mengetahui Firaun sering menganggap dirinya Tuhan dan ketika kejadian itu berlaku Cheop adalah Firaun dan dia sering inginkan hiburan setaraf dengan status dirinya itu.

Lalu dia didatangi seorang lelaki yang dengan penuh keyakinan bernama Dedi serta berkata dia mampu memati dan menghidupkan hidupan yang dibawanya iaitu seekor burung putih.

Justeru, lelaki itu mencabut kepala burung itu dan menyambungkan kepala burung itu semula. Sejak itu pada era tersebut, Dedi muncul sebagai penghibur untuk golongan atasan.

Perkataan magic juga lahir dari sebuah perkataan Latin iaitu magi.

Pada abad ke-17, magi ialah sejenis hiburan yang sangat dikenali dan hanya dimainkan oleh golongan bangsawan sahaja ketika itu.

Pada tahun 1584 pula, seorang ahli silap mata, Reginald Scot telah membuka rahsia silap mata dalam bentuk buku yang berjudul The Discovery of Witchcraft.

Setelah itu, lahirlah ramai ahli silap mata dengan skil-skil baharu dan kemudian lahirlah seorang ahli silap mata moden pertama bermula tahun 1805 hingga 1871 iaitu Jean Eugene Robert Houdin.

Robert Houdin juga telah membuka sebuah teater silap mata di Paris pada tahun 1840 dan menggunakan kemahirannya menggunakan alat ilusi besar bagi pertunjukan atas pentas.

-Kosmo!

Tiada ulasan: