Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Isnin, 14 Januari 2013

Bunga popi Nepal (Meconopsis autumnalis)

Kebanyakan spesies baharu yang ditemui biasanya bersaiz kecil atau tersembunyi dalam habitat mereka. Namun demikian, tidak semua akan kekal menjadi rahsia kerana pokok popi yang cantik ini akhirnya ditemui oleh penyelidik sains pada tahun lalu.

Bunga popi berwarna kuning atau nama saintifiknya Meconopsis autumnalis yang dikenali sebagai Popi Musim Luruh Nepal itu tumbuh meliar pada ketinggian 3,300 hingga 4,200 meter di kawasan tengah pergunungan Nepal.

Penemuan itu juga menjadi bukti kekurangan ahli botani yang mengkaji dan merekodkan flora Asia itu sebagai spesimen Meconopsis autumnalis walaupun telah ditemui dua kali sebelum ini.

Pada tahun 1962, ia ditemui oleh pemburu tumbuhan Himalaya, Adam Stainton dan pada 1994 oleh kakitangan Jabatan Sumber Tumbuh-tumbuhan, Universiti Tokyo, Jepun.

-Kosmo!

Tiada ulasan: