Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Jumaat, 29 Julai 2011

Negara yang mempunyai tiga ibu kota


Afrika Selatan ialah satu-satunya negara dengan tiga ibu kota. Kota-kota tersebut ialah Pretoria, Cape Town dan Bloemfontein. Setiap kota ialah induk kepada tiga cabang kerajaan.

Pretoria ialah ibu kota eksekutif yang merupakan tempat tinggal Presiden. Cape Town pula ibu kota perlembagaan di mana terdapatnya Parlimen manakala Bloemfontein pula ialah ibu kota kehakiman. Di sini terletaknya mahkamah rayuan tertinggi iaitu The Supreme Court of Appeal.

Pretoria merupakan ibu negara Afrika Selatan semasa pemerintahan rejim Apartheid. Yang menariknya, Cape Town merupakan tempat kelahiran ramai pemimpin pergerakan anti-Apartheid.

Negara lain juga ada yang mempunyai lebih dari sebuah ibu kota, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi. Misalnya, Sucre ialah ibu kota berperlembagaan rasmi Bolivia tetapi La Paz ialah ibu kota de facto dan menjadi tempat di mana terletaknya bangunan-bangunan pentadbiran dan kerajaan.

sumber: wikipedia, geography.about.com

Tiada ulasan: