Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Khamis, 2 Ogos 2012

C130H

Pesawat Charlie atau lebih dikenali sebagai C130H merupakan pesawat pengangkut pelbagai fungsi yang telah digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejak tahun 1976.

Ia sering digunakan dalam operasi menyelamat, bantuan kemanusiaan, penerbangan ihsan dan lain-lain lagi. C130H adalah pesawat yang digunakan untuk melaksanakan Ops Piramid iaitu misi membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir sewaktu rusuhan sekitar bulan Februari 2011.

Panjang sayap pesawat C130H ialah 40.2 meter manakala panjang badannya juga 40.2 meter.

Pesawat C130H seberat 38,555 kilogram sekiranya kosong tanpa muatan. Beratnya mencapai 54,431 kilogram apabila telah diisi minyak, 70,306 kilogram dengan muatan dan boleh melebihi 79,378 kilogram untuk berat maksimum dalam sesuatu operasi.

Pesawat C130H dengan minyak 36,000 paun boleh terbang sehingga 7 jam tanpa henti, sekiranya diisi 64,000 paun minyak ia mampu terbang selama 14 jam dan sekiranya diisi hanya 5,000 paun minyak ia mampu terbang selama satu jam.

Ketinggian maksimum pesawat C130H adalah sehingga 10,668 meter dari aras tanah tetapi terhad kepada 7,620 meter untuk mengelakkan penumpang kekurangan oksigen.

C130H boleh terbang ke serata dunia tanpa batasan.

Untuk menjadi juruterbang C130H, seseorang itu perlu menjalani latihan penerbangan selama 120 jam.

-Kosmo!

Tiada ulasan: