Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Isnin, 13 Ogos 2012

Taj Mahal

Taj Mahal terletak di Agra, India.

Taj Mahal adalah lambang cinta agung Raja Shah Jahan terhadap isteri kesayangannya, Mumtaz Mahal yang meninggal dunia semasa melahirkan anak mereka yang ke-14.

Dikatakan, ketika akhir hayatnya, Mumtaz telah menyuarakan beberapa permintaan anataranya ialah sebuah tempat persemadian umpama mahligai di dunia, sama seperti apa yang pernah hadir dalam mimpinya sebelum itu.

Pembinaannya bermula pada 1631 dan siap 22 tahun kemudian dengan 20,000 pekerja mahir.

Bahan binaan dibawa dari seluruh Asia dengan menggunakan 1,000 ekor gajah.

Marmar putih didatangkan dari Rajasthan, permata (Punjab), jed dan hablur (China), firus (Tibet), lazuardi (Afghanistan), nilam (Sri Lanka) dan kamelian (Arab).

Lantainya pula dibuat daripada pualam bercahaya dari Makrana, Rajasthan.

Ia direka oleh beberapa arkitek terkemuka ketika itu antaranya Abdul-Karim Ma'mur Khan, Makramat Khan dengan diketuai oleh Ahmad Lahauri.

Taj Mahal bermaksud Istana Mahkota merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan sebagainya.

- Kosmo!

Tiada ulasan: