Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Jumaat, 25 Januari 2013

Nestlé


Nestlé bermula seawal tahun 1866 apabila kilang susu pekat Eropah pertama dibuka di Cham, Switzerland oleh Anglo-Swiss Condensed Milk.

Henri Nestlé
Setahun kemudian, ahli farmasi terlatih bernama Henri Nestlé memperkenalkan Farine Lactee iaitu salah satu makanan bijirin bayi yang pertama di dunia bertempat di Vevey, Switzerland.

Kedua-dua syarikat bergabung pada tahun 1905 yang menjadikan Nestlé yang kita kenali hari ini.

Kemudian, Nestlé wujud hampir di setiap negara, ibu pejabatnya beroperasi di Vevey, Switzerland.

Nestlé memiliki lebih 440 buah kilang dan mempunyai warga kerja seramai lebih daripada 328,000 orang seluruh dunia.

Nestlé mempunyai keupayaan penyelidikan nutrisi pemakanan persendirian terbesar di dunia yang berpangkalan di Switzerland.

Nestlé memiliki 30 buah pusat R&D di seluruh dunia.

Nestlé di Malaysia

1912: Nestlé tiba di Malaysia sebagai syarikat Anglo-Swiss Condensed Milk dengan pejabat pertamanya terletak di Bishop Street, Pulau Pinang.

1939: Ia berpindah ke Kuala Lumpur dan beroperasi di bawah satu bumbung.

1962: Kilang Nestlé pertama dibina di Petaling Jaya bagi mengeluarkan susu pekat manis dan seterusnya Milo, sos tomato dan cili.

1989: Nestlé Malaysia menjadi syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

1994: Nestlé Foods (M) Sdn. Bhd., sebuah kilang di Kuching dibina untuk mengeluarkan mi segera, Maggi bagi memenuhi pasaran Sabah dan Sarawak.

1999: Pusat Pengedaran Kebangsaan dibina bagi memusatkan seluruh rangkaian penyimpanan dan pengagihan Nestlé.

2000: Milo menyambut ulang tahunnya yang ke-50 dengan memberi penghormatan gilang-gemilang kepada bintang sukan Malaysia dari setiap dekad.

2009: Ibu pejabat Nestlé Malaysia berpindah ke Menara Surian, Mutiara Damansara. Nestlé menjadi pengeluar produk halal terbesar di dunia, memiliki tujuh buah kilang dan mempunyai lebih daripada 5,700 orang warga kerja di Malaysia.

Tahun produk Nestlé dikeluarkan di Malaysia

1929 - Milkmaid (Susu Cap Junjung)
1948 - Nescafe
1949 - Milo, Nespray
1955 - Nestum
1956 - Everyday
1964 - Maggi
1966 - Coffee-Mate
1972 - Nestlé Bijirin Bayi
1984 - Kit-Kat, Nestlé Bliss
1986 - Nestlé Bijirin Sarapan
1997 - Nestlé Ais Krim
1999 - Nesvita Omega Plus
2011 - Nescafe Dolce Gusto

-Kosmo!

Tiada ulasan: