Ia kemudian mendapat gelaran baharu iaitu Melaka Bandar Raya Bersejarah pada tahun 2003.
Perisytiharan Melaka Bandar Raya Bersejarah meletakkan negeri itu setaraf dengan bandar-bandar bersejarah lain di dunia seperti Fez, Maghribi, Lisbon, Sepanyol, Hoorn, Belanda dan Nanjing.
Melaka hakikatnya kaya dengan sejarah dan warisan yang dipengaruhi oleh penjajah serta pedagang contohnya Portugis, Belanda, Inggeris, Arab dan China.
Salah satu tarikan yang menyerlahkan kehebatan Melaka sudah tentunya seni bina bangunannya.
Antara tarikan bersejarah utama yang terdapat di Melaka ialah:
Kota A Famosa |
Kota A Famosa yang dibina oleh Portugis pada tahun 1511 sebagai kubu pertahanan. A Famosa telah mengalami kerosakan struktur yang agak teruk semasa pencerobohan Belanda. Apabila pihak British mengambil alih pentadbiran di Tanah Melayu, A Famosa nyaris-nyaris dimusnahkan jika tidak kerana campurtangan Sir Stamford Raffles pada tahun 1808 yang telah menyelamatkan apa yang tertinggal sebagai A Famosa pada hari ini.
Kota St. John |
Kota St. John yang dibina semula oleh pihak Belanda semasa suku ketiga abad ke-18. Kota ini sebenarnya ialah sebuah kubu yang mempunyai meriam yang menghadap ke tanah besar kerana pada masa itu serangan ke atas Melaka datang dari tanah besar dan bukan dari arah laut.
Gereja St. Peter |
Gereja St. Peter dibina oleh Belanda pada tahun 1710 yang merupakan gereja Katolik tertua di Malaysia. Dinding depan dan perhiasannya adalah gabungan seni reka bentuk timur dan barat. Locengnya dibawa khas dari Goa pada tahun 1608.
Gereja St. Paul |
Gereja St. Paul dibina pada tahun 1521 oleh seorang kapten Portugis bernama Duarte Coelho. Gereja ini yang pada mulanya dinamakan Our Lady of The Hill kemudiannya dijadikan oleh pihak Belanda sebagai tempat persemadian golongan bangsawan dan dinamakan Gereja St. Paul. Jasad St. Francis Xavier pernah disemadikan di sini pada tahun 1553 sebelum dibawa ke Goa, India.
Gereja Christ |
Gereja Christ yang dibina pada tahun 1753 oleh pihak Belanda menampakkan seni reka bentuk Belanda yang tulin. Bangunan ini mengandungi bangku gereja yang dibuat dengan tangan, siling cahaya matahari yang dibina tanpa sambungan, replika kitab Injil yang dibuat daripada tembaga, batu nisan yang ditulis dalam bahasa Armenia dan lukisan The Last Supper.
Gereja St. Francis Xavier |
Gereja St. Francis Xavier yang dibina pada tahun 1849 oleh Paderi Farve, seorang rakyat Perancis. Gereja ini dibina khas untuk memperingati St. Francis Xavier yang dikenali sebagai Mubaligh sulung di timur (Apostle of the East).
Bangunan Stadthuys |
Bangunan Stadthuys yang dibina pada tahun 1650 oleh pihak Belanda sebagai penempatan rasmi Naib Gabenor dan Gabenor Belanda. Struktur bangunan yang bercat merah ini melambangkan seni reka bentuk Belanda. Kini ia dijadikan Muzium Sejarah dan Etnografi.
Jonker Street |
Lain-lain tarikan yang terdapat di Melaka adalah seperti Jonker Street atau Jalan Hang Jebat yang terkenal dengan barang antiknya, Muzium Maritim Melaka yang menempatkan replika kapal Portugis Flor de la Mar, Menara Tamingsari dan sebagainya.
sumber: Kosmo!, wikipedia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan