Penerangan Blog
Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.
Selasa, 29 Mei 2012
Australia
Umum mengetahui bahawa Australia dibuka oleh Kapten James Cook namun beliau sebenarnya bukanlah orang pertama yang menemui benua yang terkecil dan pulau yang terbesar di dunia ini.
Australia telah pun ditemui oleh dua orang Eropah iaitu seorang pelayar Belanda bernama Willem Jansz dan seorang penjelajah Sepanyol bernama Luis Vaez de Torres pada tahun 1606, 164 tahun sebelum Kapten James Cook menemui Australia.
Benua Australia juga pernah dibayangkan oleh Ptolemy, seorang ahli geografi Greek pada kurun kedua masihi. Ptolemy membayangkan bahawa terdapat sebuah benua yang terletak di selatan Asia dan melukis benua tersebut di atas peta dunia (Ptolemy juga ialah seorang pembuat peta). Beliau menamakan benua tersebut Terra Australis Incognita yang bermaksud tanah selatan yang tidak dikenali.
Apabila Kapten James Cook, seorang ahli pelayaran Britain menemui Australia pada tahun 1770, beliau menamakan pulau tersebut sebagai Australia bersempena nama Terra Australis Incognita yang diilhamkan oleh Ptolemy.
Penduduk asal Australia ialah orang asli yang dikenali sebagai aborigines yang berhijrah dari Asia Tenggara kira-kira 16,000 tahun yang lalu.
sumber: Kamus Etimologi Fajar Bakti
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan