Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Selasa, 9 Julai 2013

Asal-usul Hadiah Nobel

Hadiah Nobel ialah anugerah yang diberikan kepada individu yang telah menjalankan penyelidikan yang ulung, mencipta teknik atau radas yang luar biasa serta memberi sumbangan yang utama kepada masyarakat.

Terdapat beberapa kategori Hadiah Nobel iaitu Hadiah Nobel dalam Fizik, Hadiah Nobel dalam Kimia, Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan, Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan, Hadiah Nobel Keamanan dan Hadiah Peringatan Nobel dalam Ekonomi.

Hadiah Nobel dikatakan bermula dari wasiat Alfred Nobel (gambar) iaitu pencipta bahan letupan dinamit.

Pada tahun 1888, Alfred Nobel telah membaca berita kematiannya yang disiarkan dalam akhbar.

Akhbar tersebut telah tersilap melaporkan bahawa dirinya yang maut dalam satu kejadian letupan di kilang membuat dinamit, sedangkan yang mati sebenarnya ialah abangnya yang bernama Ludwig Nobel.

Disebabkan merasa bahawa hidup ini terlalu singkat dan tidak mahu mati sia-sia di dalam kejadian tragik sebegitu, maka Alfred Nobel telah merangka wasiat yang memutuskan bahawa kekayaannya hendaklah digunakan untuk mereka yang menghasilkan faedah terbesar kepada manusia.

Nobel mewariskan lebih 90 peratus dari kekayaannya untuk lima Hadiah Nobel.

Antara tokoh yang pernah menerima Hadiah Nobel seperti Rudyard Kipling, Rabindranath Tagore, Anatole France, George Bernard Shaw, Pearl S. Buck, Bertrand Russel, Ernest Hemingway, Jean-Paul Sartre, Pablo Neruda, Wole Soyinko, Naguib Mahfouz (dari Mesir pada tahun 1988), V.S. Naipaul, Orhan Pamuk (dari Turki, pada tahun 2006), Presiden Barack Obama, George Marshall (dari Amerika), Dag Hammarskjold (Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu 1961), Henry Kissinger dari Amerika dan Le Duc Tho dari Vietnam kerana perjanjian damai Perang Vietnam 1973, Aung San Sun Kyi dari Myanmar, Yasser Arafat dari Palestin, Shimon Peres dan Yitzhak Rabin dari Israel pada 1994, Dalai Lama, 1989 dan Liu Xiaobo dari China tahun 2010.

sumber: Artikel Kontroversi pemilihan Hadiah Nobel tulisan Tan Sri Mazlan Nordin, Utusan Malaysia 19 Disember 2010, wikipedia.


Tiada ulasan: