Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Jumaat, 12 Julai 2013

Harimau Belang

Harimau adalah daripada keluarga Mamalia Felidae. Genusnya ialah panthera dan spesies dinamakan sebagai Panthera tigris.

Terdapat lima subspesies harimau, walaupun ada antaranya diancam kepupusan. Sementara tiga subspesies lagi sudah pupus.

Subspesies harimau yang boleh dikatakan sebagai Harimau China ialah Panthera tigris amoyensis dan Panthera tigris altaica.

Panthera tigris amoyensis

Panthera tigris amoyensis adalah harimau yang tinggal di sekitar China selatan. Ia dilinduingi oleh pemerintah China kerana diancam kepupusan. Harimau ini dinamakan Harimau China Selatan. Namun begitu, ia juga dikenali sebagai harimau Amoy atau harimau Xiamen.

Panthera tigris altaica (harimau altai betina)

Sementara Panthera tigris altaica adalah Harimau China yang tinggal di sebelah utara. Ia dinamakan sebagai Harimau Siberia. Tetapi ia juga dikenali sebagai Harimau Amur, Harimau Manchuria, Harimau Altai, Harimau Korea atau Harimau China Utara.


Namun begitu, walaupun namanya Harimau China Utara, ia sudah tidak kelihatan di negara itu. Kehadirannya hanya dikesan di Siberia iaitu dalam Rusia. Maka dalam keadaan begini, apa yang disebut sebagai Harimau China hanyalah patut merujuk kepada Harimau China Selatan.

Panthera tigris corbetti

Tidak ada harimau yang dikesan di Jepun. Sementara Harimau di Korea dan Mongolia dipercayai merujuk kepada Harimau Siberia yang kini sudah tidak ada di negara-negara itu. Tetapi Vietnam mempunyai harimau yang dikenali sebagai Harimau Indochina. Dengan nama subspesiesnya Panthera tigris corbetti. Ia berada di kawasan Indochina iaitu Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand dan Myanmar. Ia juga ada kalanya dikesan di China.

Panthera tigris tigris

Subspesies yang dikenali sebagai Panthera tigris tigris ataupun harimau Bengal pula ditemui di India dan adalah yang paling banyak ada di dunia.

Panthera tigris jacksoni

Harimau yang ada di Malaysia dinamakan Harimau Malaya dengan nama subspesiesnya ialah Panthera tigris jacksoni. Di Sumatera, Indonesia pula ada harimau Sumatra atau nama subspesiesnya Panthera tigris sumatrae.

Panthera tigris sumatrae

Harimau tidak terdapat di benua Afrika.


sumber: Artikel Ngaum bergaung cakar berbisa.... tulisan Zin Mahmud, Utusan Malaysia 14 Februari 2010, wikipedia.

Tiada ulasan: