Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Jumaat, 5 Julai 2013

Willie Mosconi, legenda billiard dan snooker


Willie Mosconi atau nama penuhnya William Joseph Mosconi dilahirkan pada 27 Jun 1913 dan telah menjadi legenda dalam sukan billiard dan snooker atas kepandaiannya bermain permainan tersebut.

Beliau menjadi pemain billiard profesional sewaktu berusia enam tahun. Dalam usia semuda itu beliau telah bertanding dengan juara dunia iaitu Ralph Greenleaf bagaimanapun Mosconi tewas dalam pertandingan tersebut. Meskipun tewas beliau telah berjaya memberikan saingan hebat kepada lawannya.

Kebolehan bermain billiard ditunjukkan oleh Mosconi sewaktu kecil apabila ayahnya memiliki sebuah kedai billiard.

Mosconi bersama keluarganya tinggal di tingkat atas kedai tersebut dan sering turun melihat pengunjung kedai tersebut bermain billiard dan snooker.

Sewaktu berusia dua tahun Mosconi telah menunjukkan minat yang mendalam dalam sukan billiard dan snooker dan apabila berusia lima tahun Mosconi telah berjaya mengalahkan pesaing yang lebih tua.

Mosconi kemudian menjuarai berbagai pertandingan seperti Billiard Congress of America (BCA) World Straight Pool Championship.

Pada bulan Mac 1954 beliau telah memegang markah tertinggi dalam sukan billiard.

Willie Mosconi meninggal dunia pada 17 September 1993 akibat serangan jantung di kediamannya di Haddon Heights, New Jersey, Amerika Syarikat.

Tiada ulasan: