Papan tanda lombong bijih timah Sungai Lembing |
Lombong bijih timah bawah tanah di Sungai Lembing, Pahang dibuka oleh seorang lelaki cina bernama Lim Ah Sam pada tahun 1868.
Lombong tersebut kemudian diusahakan secara insentif oleh syarikat perlombongan British iaitu The Pahang Corporated Limited pada tahun 1887.
Kegiatan perlombongan bijih timah dilakukan secara besar-besaran pada tahun 1906 sebaik sahaja pengurusan lombong diambil alih oleh sebuah lagi syarikat British, The Pahang Consolidated Company Limited (PCCL).
Terowong untuk masuk ke dalam lombong bijih timah bawah tanah Sungai Lembing |
Pada zaman kegemilangannya, Sungai Lembing dilengkapi kemudahan asas seperti sekolah, hospital, balai polis, kediaman tersusun, sistem pengangkutan yang baik dan banyak lagi.
Harga bijih timah yang jatuh merudum pada tahun 1985 menyebabkan lombong bawah tanah sepanjang 322 kilometer dengan kedalaman sehingga 700 meter itu terpaksa ditutup pada September 1986.
PCCL menanggung banyak kerugian dan terpaksa menghentikan operasinya. Aktiviti ekonomi di Sungai Lembing yang dahulunya berkembang maju mula merosot.
Ramai pekerja lombong hilang pekerjaan dan terpaksa berpindah ke kawasan lain untuk mencari pekerjaan.
-Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan