Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Selasa, 6 Ogos 2013

Bangunan hijau di Malaysia

Pusat Tenaga Malaysia di Bangi

Sehingga 15 Jun 2012, sebanyak 291 bangunan telah didaftarkan di Malaysia di bawah Inisiatif Bangunan Hijau (GBI).

Bangunan Berlian Suruhanjaya Tenaga Malaysia di Putrajaya

Daripada jumlah itu, 67 bangunan telah menerima Penilaian Reka Bentuk dan lima Sijil GBI Akhir.

Platinum Sentral di KL Sentral

Kesemua 72 projek itu mewakili kawasan lantai kasar seluas 2.5 juta meter persegi dan ia membantu persekitaran tempatan dengan mengurangkan pengeluaran karbon dioksida atau bersamaan dengan lebih 110,000 tan setiap tahun.

GTower Hotel di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Bangunan hijau merupakan bangunan bercirikan teknologi binaan mesra alam semula jadi dan konsep tersebut semakin popular digunapakai di kebanyakan bangunan pejabat dan rumah kediaman.

Bangunan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di Bukit Kiara, Kuala Lumpur

Selain menjimatkan pelbagai jenis tenaga termasuk tenaga elektrik, air, angin serta kos ia juga memberi keselesaan dan persekitaran yang sihat kepada para penghuninya.

Antara ciri-ciri bangunan tersebut ialah memiliki elemen semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan yang ditanam di dalam dan di luar bangunan.

Antara bangunan yang telah diiktiraf sebagai bangunan hijau ialah Pejabat Tenaga Hijau di Pusat Tenaga Malaysia, Bangi; Bangunan Berlian yang dijadikan sebagai ibu pejabat Suruhanjaya Tenaga Malaysia di Putrajaya, Platinum Sentral di KL Sentral yang dibangunkan oleh Malaysian Resources Corporation Bhd. serta GTower Hotel di Jalan Tun Razak dan Bangunan Suruhanjaya Sekuriti.

-Kosmo!

Tiada ulasan: