Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Rabu, 21 Ogos 2013

Halia


Halia ialah sejenis tumbuhan herba yang sering digunakan dalam masakan.

Nama saintifik bagi halia ialah Zingiber officinale.

Halia digunakan sebagai perisa masakan sama ada halia segar, halia kering atau halia bergula.

Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.

Jenis-jenis halia yang ditanam di Malaysia ini ialah halia Bentong, halia Taiwan dan halia Indonesia.


Antara khasiat halia:
  • Membantu menghadamkan makanan.
  • Membuang angin yang terdapat dalam usus kecil dan besar.
  • Membuang kahak dan lendir yang melekat pada halkum.
  • Mengurangkan bau mulut.
  • Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buah-buahan atau sayur-sayuran yang dimakan.

Halia mengandungi berdozen-dozen fitonutrien yang dikenali sebagai gingerol iaitu sejenis kimia yang berpotensi sebagai penawar inflamasi.

Halia merah atau Zingiber officinale var. Rubra digunakan dalam perubatan tradisional di Indonesia sebagai ubat penahan sakit untuk penyakit artritis atau radang sendi.

Kajian saintis juga mendapati halia mempunyai khasiat antiradang. Beberapa ekstrak halia mengekang beberapa gen yang menyumbang masalah keradangan.

sumber: Artikel Halia Bentong rahsia sup enak oleh Nasri Jamaluddin, Kosmo! 20 November 2012.

Tiada ulasan: