Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Khamis, 1 Ogos 2013

Sauh

Sauh digunakan untuk menambat kapal ke dasar perairan sehingga tidak berpindah tempat kerana hembusan angin, arus ataupun ombak laut.

Sauh dihubungkan dengan rantai diperbuat daripada besi ke kapal dan dengan tali pada kapal kecil atau sampan.

Sauh merupakan simbol cukup sinonim dengan kegiatan berkait rapat lautan ataupun maritim.

Sauh yang dibuat mengikut kaedah tradisional harus menjalani beberapa proses sebelum sauh tersebut dapat dihasilkan.

Batang besi perlu diketuk terlebih dahulu dan dibakar bagi membentuk saiz yang sesuai untuk dijadikan sauh.

Besi perlu dibakar dengan arang sehingga menjadi kemerah-merahan.

Ia bertujuan untuk memastikan batang besi tersebut menjadi lembut agar mudah dilentur untuk dijadikan sauh.

Selepas proses tersebut, batang besi akan diketuk dan dibentuk sehingga bengkok untuk menjadi sauh.

Semasa proses tersebut dilakukan, plat besi yang akan menjadi daun sauh akan dilicinkan mengguna peranti.

Selepas semua proses berkenaan siap dilakukan, kesemua bahan-bahan berkenaan akan dikimpal menjadi sauh.

Setelah selesai, sauh akan dicat dengan warna perang agar kelihatan kemas dan kemudian akan dikeringkan sebelum dijual.

sumber: Artikel Siapkan 40 tempahan sauh dalam seminggu oleh Nadzarul Amir Zainal Azam, Kosmo! 30 November 2012.

Tiada ulasan: