Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Jumaat, 2 Ogos 2013

Menara Keangnam


Menara Keangnam atau Keangnam Hanoi Landmark Tower ialah sebuah bangunan pencakar langit yang dibina di negara Vietnam.

Ia mula dibina pada tahun 2008 dan siap dibina pada tahun 2012.

Ia dibina oleh sebuah syarikat daripada Korea Selatan iaitu Keangnam Enterprise.

Lokasinya terletak di Jalan Pham Hung, Cau Giay.

Bangunan yang bercirikan senibina moden ini mempunyai tiga menara masing-masing iaitu menara utama, Menara Keangnam setingi 336 meter dan diapit dua menara lain setinggi 212 meter.

Kos pembinaan bangunan ini dianggarkan melebihi RM3 bilion.

Kegunaan utama bangunan ini adalah sebagai ruang komersial, hotel dan apartment.

Menara utama disasarkan untuk syarikat-syarikat besar membuka ibu pejabat masing-masing.

Di menara utama menempatkan kompleks beli-belah dan 70 tingkat untuk pejabat manakala dua menara lagi untuk kediaman masing-masing 47 tingkat.

Bangunan menara tersebut turut menempatkan hotel lima bintang, pejabat, ruang hiburan, perniagaan runcit, klinik dan pusat konvensyen.

Bangunan kediaman pula menawarkan kediaman berkonsep apartment yang terdiri daripada dua hingga empat bilik.

Ruang kediaman menempatkan 918 apartment dan penthouse.


Bahagian bawah atau permukaan merupakan kawasan tempat meletak motosikal dan kereta.

Menara utama terletak di kawasan seluas 46,000 meter persegi daripada keseluruhan tapak bagi sebuah bangunan tinggi.

Apartment ini turut menyasarkan pembeli warga asing terutamanya bagi unit yang dilengkapi semua kemudahan.

Menara Keangnam merupakan yang ke-26 tertinggi di dunia dan ke-17 bagi kategori pejabat untuk disewa.

Sebelum ini, Pusat Dagangan Saigon merupakan bangunan tertinggi di Vietnam iaitu 145 meter.

sumber: Artikel Keangam menara kebanggaan Vietnam oleh Nasri Jamaluddin, Kosmo! 29 November 2012.

Tiada ulasan: