Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Khamis, 4 Julai 2013

Elaina Smith, DJ Radio termuda di dunia


Elaina Smith menjadi penyampai radio untuk Mercia FM di Coventry, West Midlands, United Kingdom ketika berusia tujuh tahun.

Segalanya bermula pada satu pagi apabila beliau dan ibunya yang sedang bersiap-siap pergi ke sekolah mendengar seorang penyampai radio yang mencari seseorang untuk memberi nasihat kepada pendengarnya yang mempunyai masalah dalam percintaan.

Smith meminta ibunya menghubungi stesen radio tersebut dan nasihatnya "putuskan hubungan, pergi main boling dan minum susu."

Stesen radio berkenaan sangat berminat dengan nasihatnya itu dan kemudian menawarkan slot rancangan pagi pada hujung minggu.

Antara nasihat yang diberikan kepada beberapa pendengarnya adalah, "pergi ke bandar dan menari di kelab malam seperti tiada esok."

"Pastikan lelaki berkenaan seorang yang kaya dan berkereta mewah," kepada seorang pemanggil yang bimbang masih belum mempunyai teman lelaki.

Komen lain adalah seperti, "teman lelaki bukan seorang yang berbaloi untuk direbutkan. Hidup terlalu pendek untuk senantiasa dikecewakan. Teman wanita barunya pasti akan terfikir jika dia boleh curang dengan kawan baiknya, sudah tentu dia akan curang lagi, kata Smith apabila seorang pendengar meminta nasihat kerana teman lelakinya curang dengan kawannya sendiri.

Mungkin agak hebat nasihat kepada orang dewasa bagi kanak-kanak sekecil itu.

-Utusan Malaysia

Tiada ulasan: