Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Selasa, 2 Julai 2013

Sir Isaac Newton


Sir Isaac Newton dilahirkan tidak cukup bulan pada 4 Januari 1643 di Lincolnshire, England.

Sir Isaac Newton menuntut di The King's School, Grantham, England dan melanjutkan pelajarannya di Trinity College, Cambridge pada tahun 1661.

Newton telah menemui pembuktian bagi pelbagai hukum alam dengan menggunakan matematik. Antara penemuannya adalah hukum pergerakan dan graviti.

Hukum-hukum ini dibuktikan dengan menggunakan formula matematik yang menerangkan cara sesuatu benda bergerak apabila terdapat daya yang bertindak ke atasnya dan ia merupakan asas kepada ilmu sains pada hari ini.

Beliau juga telah menemui suatu kaedah baharu di dalam matematik yang dipanggil kalkulus sewaktu beliau berusia 24 tahun.

Sir Isaac Newton pernah menjadi ahli parlimen pada tahun 1689 dan 1701.

Sir Isaac Newton meninggal dunia pada 20 Mac 1727 sewaktu sedang tidur. Satu bedah siasat dilakukan terhadap mayat Newton dan mendapati bahawa Newton mati akibat keracunan merkuri. Newton meninggal dunia sewaktu berusia 84 tahun.

-Utusan Malaysia

Tiada ulasan: