Penerangan Blog
Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.
Selasa, 30 Julai 2013
Kentang
Kentang merupakan tanaman dari Amerika Selatan.
Berasal daripada keluarga Solanaceae, kentang ditanam oleh Orang Asli sejak 7,000 tahun lalu.
Penaklukan Sepanyol terhadap Tamadun Inca menyebabkan tanaman yang tahan pada altitud tinggi itu diperkenalkan ke Eropah dan ke seluruh dunia.
Ubi kentang tiba di Amerika Syarikat pada tahun 1621 apabila Gabenor Bermuda, Nathaniel Butler menghantar dua peti besar mengandungi kentang dan sayur-sayuran lain kepada Gabenor Virginia, Francis Wyatt.
Kentang buat julung-julung kali ditanam pada tahun 1719 di Amerika Utara dan dipercayai berdekatan Londonderry, New Hampshire oleh imigran keturunan Scotland dan Ireland.
Kentang merupakan makanan yang bebas gluten.
Gluten merupakan bahan protein yang terdapat pada bijirin seperti gandum, barli dan rai.
Para pesakit yang menghidap penyakit seliak dan beberapa gangguan gastrousus mendapat manfaat besar daripada kentang.
Kentang dinyahhidrat amat sesuai menjadi bahan pengganti tepung yang mengganti gluten.
Kentang merupakan sejenis bahan makanan yang sesuai dengan semua peringkat umur dan budaya, kentang boleh menjadi makanan bayi yang baru bercerai susu.
Ia merupakan bahan yang terbaik dimasak untuk semua jenis hidangan sekaligus mampu meningkatkan kandungan nutrisi. Ia boleh dimasak dengan pelbagai cara.
Dalam pyramid makanan, dua biji kentang bersaiz kecil sama dengan satu mangkuk nasi, dua keeping roti dan satu setengah mangkuk mi.
Kentang mengandungi tinggi potasium yang mampu mengurangkan risiko hipertensi dan strok selain melindungi jantung.
Kentang juga dapat menolong transmisi pusat saraf dan melawan dinyahhidrat.
Kentang juga mengandungi vitamin C, vitamin B6 dan fiber.
Vitamin C merupakan bahan antioksida yang dapat membantu menstabilkan sel yang rosak dan meningkatkan pengeluaran kolagen yang dapat membantu merawat luka dan kesihatan gusi.
Kentang juga mengandungi 60 fitokimia dengan bahan antioksida.
Bahan tersebut dapat membantu mencegah penyakit kardiovaskular, masalah pernafasan dan beberapa jenis kanser lain.
sumber: Artikel Kentang Amerika popular di Malaysia oleh Adlan Jaafar, Kosmo! 30 Oktober 2012.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan