Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Rabu, 10 Julai 2013

Tarikh Hijrah

Islam mengikut tarikh hijrah dikira sejak hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah (622 Masihi).

Pengiraan hari dan bulan hijrah adalah berdasarkan peredaran bulan.

Oleh sebab itu, tarikh hijrah juga dinamakan tarikh Qamariah (Arab: al-qamar = bulan).

Nama 12 bulan yang kini digunakan sudah ada sebelum masa Islam.

Nama bulan seringkali mengikut musim atau perilaku orang Arab (khususnya pemuda) dengan nama hari.

Dalam bahasa Melayu digunakan nama (Isnin - Ahad) yang dipakai orang Arab pra-Islam.

Penetapan hijrah Nabi Muhammad SAW sebagai tarikh awal Islam bermula daripada keturunan Ali bin Abu Talib (Khalifah ke-4) kepada Khallifah Umar (Khalifah ke-2) kerana peristiwa hijrah merupakan kejayaan awal perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam menegakan Islam.

Pengiraan hari, bulan dan tahun berdasarkan peredaran bulan (pengiraan Qamariah).

Pengiraan waktu berdasarkan matahari dan bulan disebut dalam surah Yunus ayat 5.

Manakala pengiraan satu tahun 12 bulan disebut dalam surah at-Taubah ayat 36 dan 37.

Ada bulan yang terdiri dari 30 hari ialah bulan ganjil (1,3,5,7,9 dan 11) dan yang terdiri dari 29 hari ialah bulan genap (2,4,6,8,10 dan 12).

Tarikh Hijrah atau Qamariah adalah berdasarkan peredaran bulan (Arab: qamar) mengelilingi bumi.

Satu tahun Qamariah terdiri dari 12 bulan, 354 hari, lapan jam, 47 minit dan 36 saat.

Setiap bulan terdiri dari 29 hari, 12 jam, 44 minit dan tiga saat.


Tahun Gajah

Sebelum ada penetapan tahun hijrah, orang Arab menamakan sesuatu tahun mengikut peritiwa luar biasa yang terjadi pada tahun tersebut, misalnya Tahun Gajah pada kelahiran Nabi Muhammad SAW.


Tahun pertama (622), Baginda di Madinah disebut sebagai Tahun Azan kerana pada tahun itu disyariatkan azan.

Tahun ke-2 (623) Nabi Muhammad SAW di Madinah dinamakan Tahun Izin Perang, Tahun Puasa, Tahun Zakat (Tahun Korban) kerana pada tahun itu disyariatkan keizinan berperang, puasa, zakat dan korban.

Selain itu, tahun ke-9 (629), tahun Nabi Muhammad SAW menetap di Madinah disebut sebagai Tahun Taubah.

Dalam surah ini dinyatakan bahawa Tuhan dan RasulNya memutuskan ikatan dengan kaum musyrik di Mekah.

Tahun ke-10 (630) disebut sebagai Tahun Peroisahan kerana Baginda SAW mengerjakan haji di Mekah.


Penetapan tahun hijrah

Tahun Hijrah ditentukan oleh Khalifah Umar pada 17H/638M.

Untuk menetapkan pengiraan tahun hijrah, Umar mengundang para sahabat.

Ada sahabat yang mengusulkan tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW dikira sebagai permulaan tahun Islam.

Ada pula yang mengusulkan turunnya wahyu pertama.

Yang lainnya mengusulkan Perang Badar (17 Ramadan) dan peristiwa penting Nabi Muhammad SAW.

Ali bin Abu Talib kemudiannya mengusulkan peristiwa hijrah Nabi SAW dari Mekah ke Madinah sebagai permulaan tahun Islam.

Nabi Muhammad SAW tiba di Madinah pada 8 Rabiulawal/20 September 622.

Umar menerima usul ini kerana hijrah merupakan titik pemisah di antara masa Mekah dengan Madinah dan merupakan perjuangan awal Baginda SAW dalam menyebarkan Islam.


Bulan Arab kuno

Menurut sejarawan Islam, Abu Raihan al-Biruni (973 - 1048), di kalangan bangsa Arab kuno sudah terdapat nama 12 bulan yang kini tidak digunakan lagi dalam dunia Arab.

Nama kuno ke-12 bulan ini ialah al-Mu'tamir (bersamaan dengan Safar dan dianggap sebagai bulan pertama), Najir, Khawwan, Bussan, Hantam (Hanam), Zaba' (Zubi), al-Assam, Adil, Nafik, Waghl, Huwa' dan Burak.


Nama hari

Pada mulanya orang Arab membahagikan satu bulan kepada tiga bahagian: masing-masing 10 hari dengan nama: Gurar, Nufal, Tusa', 'Usar, Bid, Dura', Zulam, Hanadis (Duhm), Da'adi dan Mihak.

Permulaan hari ditetapkan dengan kemunculan hilal (al-hilal: anak bulan).

Seterusnya dipakai satuan yang terdiri dari tujuh hari yang dikenali dengan satu minggu dengan nama: Awwal (Ahad), Ahwan, Jubar, Dubar, Mu'nis, Aruba' dan Siyar.

Mengikut masa Islam, nama ketujuh-tujuh hari ini ialah al-Ahad, Al-Ithnian, al-Thulatha', al-'Arabia, al-Khamis, al-Jumu'ah dan al-Sabt yang diMelayukan menjadi Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu.



Bilangan hari pada bulan-bulan Qamariah

Bulan Muharam mempunyai 30 hari.

Bulan Safar mempunyai 29 hari.

Bulan Rabiulawal mempunyai 30 hari.

Bulan Rabiulakhir mempunyai 29 hari.

Bulan Jamadilawal mempunyai 30 hari.

Bulan Jamadilakhir mempunyai 29 hari.

Bulan Rejab mempunyai 30 hari.

Bulan Syaaban mempunyai 29 hari.

Bulan Ramadan mempunyai 30 hari.

Bulan Syawal mempunyai 29 hari.

Bulan Zulkaedah mempunyai 30 hari.

Bulan Zulhijjah mempunyai 29/30 hari.

-Utusan Malaysia, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Tiada ulasan: