Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Isnin, 15 Julai 2013

Siput gondang emas


Siput gondang emas atau nama saintifiknya Pomacea canaliculata boleh dijumpai di Filipina, Jepun, Korea, Taiwan, Vietnam, Cambodia, Laos, Papua New Guinea, sebahagian dari Indonesia dan Malaysia, Singapura, selatan China dan Guam.

Siput gondang emas juga dijumpai di Republic Dominica dan beberapa negeri di Amerika Syarikat seperti Hawaii, Texas dan California.

Pada tahun 1980, siput gondang emas diperkenalkan di Asia Tenggara sebagai makanan dan haiwan akuarium.

Mula-mula diperkenalkan di Taiwan, kemudian diikuti oleh Jepun, Thailand dan Filipina, siput tersebut kemudian dilepaskan liar.

Pada tahun 1989, siput gondang emas yang diperkenalkan di Hawaii dan Filipina, sebagai makanan dan kemudian terlepas di habitat liar yang akhirnya menjadi perosak tanaman.

Siput gondang emas kemudiannya menjadi perosak tanaman di Texas, California dan Florida dan ia mempunyai kadar pembiakan yang tinggi dan tahan lasak.

Ia juga mampu menghasilkan kelompok telur yang terdiri daripada 1,200 biji telur antara 200 dan 300 biji telur adalah bilangan biasa bagi setiap beberapa minggu.

Anak siput membesar dengan cepat dan matang pada umur lebih kurang dua bulan dan ia mampu hidup selama empat hingga enam tahun.

Dalam keadaan kering siput boleh hidup di dalam tanah selama lima bulan dan tahan kepada pencemaran serta boleh hidup dalam air yang kurang oksigen.

Siput gondang emas boleh hidup dalam pelbagai jenis habitat, tumbuhan dan bahan reput, malah ia juga kuat makan di mana ia mampu makan tanpa henti dalam masa 24 jam.

-Utusan Malaysia

Tiada ulasan: