Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Khamis, 27 Februari 2014

Jambatan Golden Gate


Jambatan Golden Gate yang sepanjang hampir tiga kilometer menghubungkan semenanjung San Francisco ke Marin County, Amerika Syarikat.

Ia direka oleh arkitek Joseph B. Strauss dan mengambil masa selama lima tahun untuk disiapkan iaitu dari tahun 1933 hingga 1937 dengan kos sekitar AS$35 juta (RM107 juta).

Warna jingga menjadi warna tema jambatan ini yang merupakan idea jurutera Irving Morrow.

Mengaplikasikan binaan kerangka logam dan kabel logam sebagai bahan asas binaannya, ia turut diiktiraf sebagai jambatan kabel terpanjang dan tertinggi di dunia sehingga 1964 sebelum diambil alih oleh Jambatan Verrazano-Narrows di New York.

Jambatan Golden Gate merupakan struktur paling ikonik di San Francisco.

Ia dirasmikan oleh Presiden Amerika Syarikat, Franklin D. Roosevelt.

Seramai 11 orang pekerja meninggal dunia ketika pembinaannya.

Jambatan Golden Gate mempunyai kabel sepanjang 2,332 meter secara keseluruhan.

Keunikan Jambatan Golden Gate terletak pada dua buah menara unik setinggi 250 meter yang merentanginya di samping penggunaan warna jingga sebagai tema keseluruhan strukturnya yang memukau pandangan mata.

Ia juga diserlahkan dengan keindahan panorama di sekitar jambatan itu yang berlatarbelakangkan Lautan Pasifik yang membiru.

Jambatan Golden Gate terletak 211 meter di atas paras laut.

Ia direka dengan spesifikasi keselamatan tinggi dan mampu menampung bebanan sehingga 25 juta kilogram.

Jambatan ini pernah ditutup sebanyak tiga kali ekoran angin kencang iaitu pada tahun 1951, 1982 dan 1983.

- Kosmo!

Tiada ulasan: