Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Rabu, 5 Februari 2014

Pasar Seni


Pasar Seni dikenali juga sebagai Central Market oleh pelancong asing.

Ia terletak di tebing Sungai Klang.

Pada awal kewujudannya sekitar tahun 1880-an ia digunakan oleh peniaga untuk menjual barang-barang keperluan harian seperti ikan, daging, ayam, sayur-sayuran dan barangan runcit kepada para pelombong bijih timah.

Pada awalnya, ia dikenali sebagai Old Market yang dibina oleh tokoh pembukaan Kuala Lumpur, Yap Ah Loy sebelum diambil alih oleh pihak British untuk diperbesarkan sehingga 23,000 kaki persegi (2,137 meter persegi) dengan tambahan binaan lantai konkrit, dinding kayu dan atap zink.

Perkembangan Pasar Seni sebagai pusat kebudayaan, kesenian dan kraf tangan bermula pada akhir tahun 1970-an apabila Persatuan Warisan Malaysia memutuskan untuk mengekalkan bangunan tersebut di bawah program warisan.


Peruntukan sebanyak RM9 juta digunakan untuk proses ubah suai bangunan daripada pasar basah yang dikenali sebagai Pasar Besar Kuala Lumpur pada masa itu kepada pusat kebudayaan, kesenian dan kraftangan Malaysia.

Sejak itu ia mengalami pelbagai transformasi dilakukan bagi mengindahkan lagi bangunan bersejarah terbabit.

Konsep dekorasi Pasar Seni diilhamkan daripada kesenian Melayu, Cina dan India sebagai tema di setiap sudut Pasar Seni menjadi lambang kepada keharmonian dan seni budaya masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di negara ini.

Sumber: Artikel Aneka makanan 1Malaysia oleh Nizha Periaswamy dan Mahfuz Mohamad, Kosmo! 7 Januari 2013.

Tiada ulasan: