Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Isnin, 24 Februari 2014

Tidur


Ketika tidur, otak kita akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan badan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.

Jangka masa tidur biasanya bergantung kepada umur iaitu bayi (16 jam), 3 hingga 18 tahun (10 jam), 19 hingga 55 tahun (lapan jam) dan lebih 55 tahun (enam jam).

Parasomia atau dalam bahasa mudahnya berjalan semasa tidur, banyak dilaporkan dan selalu terlibat dengan beberapa kejadian jenayah seperti menulis cek tendang, pembunuhan, penganiayaan terhadap kanak-kanak dan yang paling buruk sehingga boleh merogol orang.

Bermimpi adalah normal tidak kira sama ada mimpi itu indah atau menakutkan. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah personaliti.

Posisi anda tidur boleh menunjuk kepada personaliti anda.

Mamalia yang paling lama tidur ialah koala (22 jam), kelawar (19 jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula ialah zirafah (dua jam) dan rusa (tiga jam).

Apabila ikan lumba-lumba tidur, hanya separuh otaknya akan bersifat nyahaktif manakala separuh lagi digunakan untuk membantu proses pernafasan.

Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari tetapi tanpa tidur manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.

Orang yang cacat penglihatan juga bermimpi semasa tidur. Golongan yang buta sejak lahir akan bermimpi dari segi emosi, bunyi, bau-bauan dan sentuhan.

- BH

Tiada ulasan: