Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Rabu, 19 Februari 2014

Sudoku

Permainan Magic Squares yang seakan-akan Sudoku dimuatkan dalam akhbar Perancis, La France bertarikh 6 Julai 1895

Sudoku ialah permainan berdasarkan logik dan bukan matematik.

Kepekaan lelaki Jepun bernama Maki Kaji apabila melihat teka-teki bernombor, Number Place, di sebuah akhbar di Amerika Syarikat pada tahun 1984 menjadi titik tolak dalam penghasilan Sudoku dan disusuli pelbagai teka-teki lain di bawah syarikat beliau, Nikoli Co. Ltd. (Nikoli).

Nama Sudoku terdiri daripada dua patah kata iaitu su yang bermaksud nombor dan doku yang bererti tunggal.

Buku Sudoku pertama Maki Kaji diterbitkan pada awal 1980-an. Ia mempunyai 28 muka surat dan mengandungi 10 teka-teki dan teka silang kata.

Pada mulanya Maki Kaji terlupa meletakkan tanda harga pada buku tersebut dan orang ramai menyangka ianya percuma. Kemudian beliau meminta sebuah toko buku di Tokyo menjualnya dengan harga 10 yen dan kira-kira 300 salinan telah dijual dalam tempoh dua hingga tiga bulan.

Bagaimanapun, ramai pelanggan yang melahirkan rasa tidak puas hati lantaran buku tersebut mengandungi beberapa kesilapan yang ketara hinggakan teka-teki beliau tidak boleh diselesaikan.

Akhirnya, beliau terpaksa memulangkan wang jualan untuk buku edisi pertamanya itu.

Beliau tampil dengan penerbitan buku kedua tiga tahun selepas edisi pertama diterbitkan. Kali ini ia menerima respons positif dengan jualan mencapai 10,000 salinan dalam tempoh masa setahun.

Maki Kaji kemudiannya membuka syarikat Nikoli dan menghasilkan lebih banyak majalah teka-teki lain terutamanya Sudoku.

sumber: Artikel Sejarah panjang cipta Sudoku oleh Nizha Periaswamy, Kosmo!, 14 Januari 2013.

Tiada ulasan: