Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Selasa, 25 Februari 2014

Taman Wetland Putrajaya


Taman Wetland Putrajaya terletak di Presint 13, Putrajaya, Selangor.

Taman ini diselia oleh Perbadanan Putrajaya.

Ia mempunyai habitat yang berbeza-beza iaitu kawasan rawang, hutan paya dan kawasan air terbuka.

Dibuka setiap hari mulai 9 pagi hingga 7 malam.

 Taman Wetland Putrajaya dibangunkan pada Mac 1997 sebelum dibuka secara rasmi pada 2 Februari 1999 iaitu sempena Hari Wetland Sedunia.

Mempunyai keluasan 197.2 hektar, ia merupakan taman buatan manusia yang pertama di Malaysia serta antara kawasan tanah lembap yang terbesar di rantau ini.

Taman Wetland Putrajaya terbahagi kepada dua komponen utama iaitu kawasan tanaman dan pusat rekreasi air.

Antara tarikan utama di Taman Wetland Putrajaya ialah menara pandang jauh setinggi 80 meter yang menawarkan panorama taman dan sebahagian besar Putrajaya dari udara.

Bagi peminat haiwan pula, terdapat pelantar tinjau burung yang menempatkan pelbagai spesies burung seperti undan putih, angsa putih, angsa mesir dan bangau.

Terdapat juga kolam flamingo yang terletak dalam kawasan itu.

Sumber air utama untuk taman ini mengalir dari Sungai Chua dan Sungai Bisa.


Taman Wetland Putrajaya mempunyai dua denai iaitu Denai Alam Wetland dan Denai Alam Tanah Lapang untuk aktiviti penerokaan dan lawatan.

sumber: Artikel Damai di Taman Wetland Putrajaya.

kredit imej: www.eznakhalili.com

Tiada ulasan: