Penerangan Blog

Blog ini adalah koleksi copy and paste fakta-fakta menarik daripada e-mail, majalah dan website.

Jumaat, 21 Februari 2014

Kyogen


Kyogen ialah sejenis persembahan teater yang berasal dari Jepun.

Ia merupakan satu bentuk komedi popular era pertengahan yang muncul di kawasan Kyoto, Jepun pada awal abad ke-14.

Teater Kyogen menegaskan sifat positif manusia menggunakan keindahan jenaka atau humor.

Tema teater kebanyakannya berkisar tentang kisah dan budaya masyarakat Jepun misalnya samurai.

Biasanya dalam setiap persembahan, pelakon Kyogen hanya akan berlatih sebanyak tiga kali atau kurang.

Setiap persembahan akan berlangsung antara 20 hingga 30 minit, tetapi ada juga persembahan yang diadakan hingga satu jam.

Jika pelakon tidak mahir, mereka akan membuat persembahan lebih pendek.

Ada juga teater Kyogen yang menyaksikan seorang pelakon membuat persembahan secara individu sehingga satu hingga dua jam tetapi ia perlu kepada pelakon yang betul-betul mahir.

Setakat ini hanya terdapat 100 pelakon Kyogen yang berdaftar di Jepun.

Jumlah bayaran bergantung pada pengalaman seseorang pelakon. Lagi banyak pengalaman lagi tinggi bayaran mereka.

Daripada 100 pelakon, satu pertiga daripadanya mampu menyara kehidupan dengan hasil pendapatan berlakon teater Kyogen, selebihnya ada yang membuat pekerjaan sampingan.

Daripada 100 pelakon Kyogen yang berdaftar, hanya terdapat dua pelakon wanita.

Pada tahun 2001, teater Kyogen dan sebuah lagi teater tradisi Jepun iaitu Noh telah diiktiraf sebagai Warisan Kemanusiaan Lisan dan Tidak Ketara oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) diikuti dengan teater Bunraku pada tahun 2003 dan Kabuki pada 2005.

Sumber: Artikel Kyogen bukan sekadar teater oleh Khadijah Mohamad Nor, Kosmo! 16 Januari 2013.

Tiada ulasan: